Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#MakanMakan Bersama Rakan Blogger di Citta Mall|Apabila KP diberi peluang untuk turut serta bersama rakan-rakan blogger di Citta Mall sempena #MakanMakan semestinya tidak di tolak. Bak kata pepatah “Besar tapak tangan , nyiru kami tadahkan” Haa… faham ke tak ?? Kalau tak faham silalah google ye. Dah… Jom kita sambung pasal #makanmakan . Citta Mall bukanlah shopping mall baru tetapi sudah bertapak lama menjangkau 17 tahun di Petaling Jaya. Alamatnya di 1, Jalan PJU 1a/48, Pusat Perdagangan Dana 1, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Jadi kali ini KP dan rakan-rakan blogger yang lain bakal menerjah atau mencuba menu di antara outlet yang ada di sini. Bermulalah #makanmakan dari outlet :
Lifejuice : LG – 13A ( Tingkat Lower Ground)
Dari nama outlet pastinya ramai yang tahu yang outlet ini menjual jus jus dimana ianya adalah cold presses juice. Jus yang di jual di sini adalah jus sebenar tanpa perwarna tiruan mahun pun perisa tiruan.

Nak info lanjut layari : www.lifejuiceco.com
TRIANON Lokasi : LG-13A (Tingkat Lower Ground)

Kemudian diletakkan praline coklat di lapisan atas jua tengah. Untuk base atau asas di bawahnya terasa biskut rangup dengan crunchies . Jika signature kek ‘Trianon’ , ada satu lagi iaitu Chocolate Heaven, kek coklat yang dilapisi oleh ganache coklat coklat yang diimport.
YAKIMONO Lokasi : G-K06 (Tingkat Ground Floor)


- Grill Saba Set Promotion
2 or 3 person set (incl Teppanyaki Salmon, Sanma, Chicken, Takoyaki, Salad, Soup, Rice and Green tea)


Beans N Beans Lokasi : G-20 (Ground Floor)
Beans N Beans adalah diantara Cafe yang menyediakan hidangan Korean. Femes kat sini adalah BINGSU. Betul tau .. Ada pelbagai perisa dan pesan KP jika ingin menikmatinya pastikan anda datang berdua atau bertiga. Seorang tak boleh nak habis weiiii …
Selain itu pula antara menu yang agak WIN di sini adalah

Sparkling Grapefruit Juice, Green tea Latte , Caramel Latte, Yuzu Tea Cem

Bubba Gump Shrimp Lokasi : G-11 (Ground Floor)
Orang kata “Save the best last” . Begitulah dengan KP. Yang terakhir nie memang the best, kerna hidangan berat bakal dihidangkan buat kami semua. Dari appetizer, salad, main course dish dan sebagai penutup pastinya dessert. Memang penuh dengan makanan meja kami .
Appetizer – Run Across America Sampler RM59.90
Salad – Pear & Berry Salad RM34.90
Main – Forrest’s Seafood Feast RM42.90 – BBQ Beef Back Ribs RM58.90 – Crazy Cajun Chicken RM29.90
Dessert – Chocolate Chip Cookie Sundae RM17.90
Sambil makan dihidangkan dengan disco light !! Apa tu tak percaya cuba tengok minuman kami siap ada lampu kan
Nak info lebih lanjut layari : www.bubbagump.com
Well, #makanmakan di Citta Mall sudah sampai penghujungnya. Pulangnya KP dengan kekenyangan dan berterima kasih atas jemputan. Yang penting bukan saja ada makan makan di sana tetapi ada juga tempat untuk anak anak bermain seperti playland, untuk anda yang meminati movie bolehlah menonton di MBO Citta Mall. Eh bukan itu sahaja , pasaraya ada , farmasi ada , kedai makan ada senang cerita macam- macam adalah . So, weekend is coming soon singgah – singgahlah ke Citta Mall ye
Nak info lebih layari : http://citta.com.my/
















