Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO Semarakkan Semangat Sukan
Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO Semarakkan Semangat Sukan

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO Semarakkan Semangat Sukan

Nannie IsaAugust 7, 2017August 7, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO Semarakkan Semangat Sukan | MILO, minuman rasmi malt coklat untuk Kuala Lumpur 2017, mengukuhkan lagi sokongan untuk Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 dalam satu upacara Larian Obor Kuala Lumpur (KL) 2017 di Nestlé (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara. Larian Obor yang ikonik ini menyusuli pelancaran kempen MILO #BersatuKitaTeguh yang dilancarkan baru-baru ini. Larian Obor ini telah berlangsung di seluruh Malaysia sejak bulan Mei 2017 sebelum upacaranya di Nestlé Malaysia. Ini merupakan salah satu hentian terakhir sebelum destinasi terakhir di upacara pembukaan KL 2017 pada 19 Ogos 2017.

Upacara ini adalah deklarasi komitmen sukan dan sokongan daripada MILO yang berterusan serta bertujuan untuk menunjukkan semangat perpaduan yang diwakili oleh para pelari yang membawa obor. Obor ini dibawa oleh individu-individu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan MILO dan sukan di Malaysia, daripada pekerja yang telah lama berkhidmat, hinggalah kepada wira-wira sukan Malaysia dari pelbagai lapisan.

“Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan, dan kami mengajak seluruh negara untuk sama-sama memberi semangat kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding di KL 2017 yang akan datang. Larian ini juga disertai oleh individu-individu yang telah membantu menjayakan MILO sebagai suatu jenama minuman yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi juga telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.,”

kata Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia.

Setiap pembawa obor untuk Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO  telah berlari sejauh 500m, dan antara pembawa obor termasuklah :
1. Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Operator Promosi Luar, mewakili Abang MILO Malaysia yang disayangi. Beliau telah menggembirakan murid-murid sekolah dengan menyediakan minuman MILO yang lazat dan berkhasiat daripada MILO trak pada hari- hari sukan sekolah di seluruh negara selama 35 tahun.

2. Ismail Bin Mohd Dali & Norhisham B Mat Salleh, Bahagian Pengeluaran Produk, Kilang MILO Nestlé Malaysia di mana mereka memainkan peranan penting dalam menyelia pengeluaran produk MILO, masing-masing selama 40 tahun dan 24 tahun, dan sentiasa memastikan warga Malaysia menikmati MILO yang paling bermutu, lazat dan berkhasiat. Komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tempoh itu telah menjadikan MILO sebagai jenama yang dikenali hingga ke hari ini.

3. Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan, telah bersama pasukan MILO selama 33 tahun. Beliau adalah antara individu penting yang telah membantu MILO menyemai atlet-atlet muda dan berbakat melalui Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) dan beliau juga telah menyaksikan ramai wira-wira Malaysia cemerlang sepanjang karier sukan mereka. Ng Ping Loong juga telah mengikuti dan menyokong atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai sukan di seluruh dunia, sepanjang tempoh beliau berkhidmat bersama MILO.

4. Datuk Marina Chin, Ketua Kontinjen KL 2017

Diiringi oleh:

  • M. Kumarasen, bekas pelumba basikal Malaysia
  • Dato’ Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki Malaysia
  • Robin Ho, bekas atlet Wushu Malaysia

5. Joel Van Huizen, Pemain Hoki Malaysia
Diiringi oleh: Diana Bong, Atlet Wushu Kebangsaan

6. Yasshmita Jadish Kumar, Tunas Harapan Puteri MSSM, and Joachim Chuah Han Wen, Tunas Harapan Putera MSSM – dua bintang harapan Malaysia di arena skuasy, yang merupakan sebahagian daripada atlet MSSM sepanjang 5 tahun yang lalu. Mereka disertai oleh kumpulan atlet-atlet muda Malaysia, yang akan bertanding dalam Sukan SEA 2017 buat pertama kalinya.

7. Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia

Upacara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & MILO ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan MILO dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama dan usaha-usaha seperti MSSM. Ia menyediakan pentas untuk golongan muda mencari potensi sukan mereka, mengasah bakat dan keupayaan, sambil mempelajari tentang nilai- nilai sukan seperti kerjasama, ketabahan dan perpaduan.

Dengan semangat itu, MILO memberi inspirasi untuk seluruh negara supaya bersama-sama menyokong olahragawan dan olahragawati kita di KL 2017 dengan mesej-mesej positif dan kata-kata semangat untuk membantu mereka memberikan persembahan terbaik. Para peminat dan penyokong ahli sukan negara boleh memberikan sokongan mereka melalui media sosial Instagram dan Twitter dengan #BersatuKitaTeguh atau #StrongerTogether.

Jika anda berhenti di MRT Mutiara Damansara jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan di antara

Ikut sahaja arahan yang diberikan untuk dapatkan gambar yang menarik sempena Sukan Sea Games 2017


Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.milo.com.my

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
#BersatuKitaTeguh, Abang MILO Malaysia, Ketua Kontinjen KL 2017, Larian Obor KL 2017, Larian Obor Kuala Lumpur 2017, Milo®, Sukan Para ASEAN ke 9, Sukan SEA ke 29

Post navigation

Previous: JOY Design Studio Melebarkan Sayapnya di Selatan Tanahair Johor Bahru
Next: Bangkit Bersama – Lagu Tema Sukan Sea 2017 Nyanyian Dayang Nurfaizah

Related Posts

PEPSODENT BEST DEFENDER

PEPSODENT BEST DEFENDER FIFA WORLD CUP 2026™, BETUL KE?

July 17, 2026July 20, 2026 Nannie Isa
RONALDO

MARTINEZ TIDAK KELUARKAN RONALDO !

June 18, 2026June 18, 2026 Nannie Isa
TERENGGANU INTERNATIONAL BIKE WEEK

TERENGGANU INTERNATIONAL BIKE WEEK 2026 KINI KEMBALI!

June 8, 2026June 9, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}