Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pesta Kolektor Coca-Cola 2017, 60 Pengumpul dari 9 Negara Berhimpun
Pesta Kolektor Coca-Cola 2017 kembali lagi dimana hari yang penuh dengan pameran, pertukaran dan jualan pelbagai barangan jenama Coca-Cola di satu tempat. Daripada tin edisi terhad, botal dan kotak yang mengandungi set barangan sempena musim perayaan jua ada. Selain itu set acara sukan atau bertemakan filem tertentu sehinggalah kepada pelbagai barangan Coke yang memaparkan warna merah dan putihnya logo Coca-Cola.
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan Pesta Kolektor Coca-Cola kali ini memaparkan tema Malaysia bagi meraikan sambutan ke 60 kemerdekaan negara. 
Rakan niaga rasmi Coca-Cola iaitu Wendy’s jua Hero Market turut serta di dalam pesta ini dengan menjual makanan dan minuman yang segar dihasilkan oleh Coca-Cola. Di dalam pesta ini juga , Coca-Cola telah melancarkan reka bentuk bungkusan baru yang mana buat pertama kalinya keseluruhan rangkaian produk Coke akan di pasarkan dibawah satu jenama.iaitu Coca-Cola . Reka bentuk baru itu bakal menyaksikan varian produk Coca-Cola sperti Coca-Cola Classic, Coca-Cola Zero, Coca-Cola Light dan juga Vanilla Coke di samakan rekabentuk iaitu warna Red Disc yang ikonik
“Sejak berabad, Coca-Cola menyentuh hati generasi rakyat Malaysia dan kami berasa terharu dengan sokongan berterusan pengguna . Ini membutakan kilang pengeluaran kami mendapat perakuan HALAL berkembang setiap tahun yang mendatang. Para pengumpul yang hadir hari ini adalah duta terbaik bagi Coca-Cola dan kami berasa teruja melihat begitu sayang dan mendalamnya minat ditunjukkan individu ini terhadap jenama Coca-Cola.”
kata Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia , Tish Condeno
Buat pengetahuan anda semua Pesta Kolektor Coca-Cola pertama kali diadakan pada tahun 2011 dan ia berkembang dari pertemuan kecil yang diadakan secara tidak rasmi menjadi acaa tahunan yang mana para pengumpul dan orang ramai dapat menyakiskan , membeli dan memperdagangkan koleksi yang ada. 
8 Mei 1886 adalah tarikh di mana Coca-Cola petama di jual di Atlanta, Georgia iaitu 130 tahun yang lalu












