Apa Yang Menarik di Mamee Gallery Jonker House, Melaka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mamee Gallery Jonker House di Melaka baru di buka untuk memberi pengunjung pengalaman merasai dari permulaan Mamee dibuka tidak kira dari pembungkusan, branding, pelbagai produk daripada Mamee. Sejarah tentang penubuhan juga dikongsikan bersama untuk sama-sama memahami secara sejarah tentang ini. “World of Good Taste” pada mereka yang sudah mengunjungi, banyak moment menarik akan di bawa pulang.Jom kita mulakan perjalanan. Opss..!!! Jangan lupa beli tiket tau sebelum masuk. . Di kedai-kedai sewaktu zaman 70an, 80an dahulunya beginilah papan tanda Mamee. Kali pertama Snek Raksasa Mamee diperkenalkan.Berwarna biru comel dengan hidung berwarna merah gemar memakan Mamee. Sedikit moment mengimbau kenangan zaman dulu di mana pek-pek Mamee diletakkan di rak di kedai runcit, Pelbagai produk Mamee ada di letakkan untuk kanak-kanak membeli. Dahulunya setiap pek ini cuma berharga RM 0.20 sen atau pun RM 0.30 sahaja Packaging Mister Potato zaman 90an, agak pekat warnanya tetapi itu tidak menjadi masalah kerana yang penting isi dan kesedapan chips tersebut Mamee dahulu bukan sahaja pada makanan ringan tetapi ada juga produk seperti mee segera. Bukan setakat perisa ayam, kari tetapi tomyam siam sudah ada dari dulu lagi. Keaslian rasa Thai dari Mamee yang memberi kelainan dari produk yang ada
Sejarah penubuhan Mamee
Ianya di tubuhkan pada 1971 oleh Executive Chairman iaitu Datuk Pang Chin Hin di mana ianya sebenarnya bermula dengan pembuatan pek mamee dan juga mee segera bersama dengan anak sulung beliau iaitu CEO Tan Sri Pang Tee Chew Ini yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di Mamee Gallery. Perjalanan penubuhan bukanlah senang tetapi berkat kesabaran dan keazaman ianya berjaya di tubuhkan dan kekal hingga sekarang di mana sudah 45tahun bertapak di Malaysia Dari perspektif Pemasaran pula
Mamee Monster dan Mamee tidak boleh dipisahkan. Sebelum masuk ke segmen untuk menceritakan tentang bermulanya produk Mamee anda bakal berjumpa dengan Mamee bersama bas Double Decker nya.Di Mamee Gallery juga ada di kongsi dari produk pertama hinggalah ke produk kini dalam pemasaran Mamee Double Decker. Ada yang tidak pernah KP tahu dan banyak perubahan rupanya dari tahun ke tahun.
1972 – produk Lucky – mee segera yang pertama direka Packaging sebelum di upgrade Antara produk lain yang dikeluarkan oleh Mamee Double Decker pada tahun 1995. Rupanya air Cheers nie dari Mamee . Mamee perisa itik dan vegetarian selain dari kari dan ayam yang biasa KP makan Tahun 2000, banyak perubahan telah berlaku. Lihat sahaja dari packaging ianya berlainan, ceria dengan warna warni Mamee Monster pek pertama yang dikeluarkan. Tahun 2014, pelbagai produk tambahan dikeluarkan seperti Perfecto dan juga Mister Potato Fun Fries. Tahun 2015, lagi tambahan produk pada yang sedia ada seperti Perfecto Pop corn ( terbaik), minuman Cool Tea (sedap weii) dan juga Mamee Chef Lontong.
Ini adalah Top 10 Mamee Chef Best Noodle. Terkini produk Mamee yang ada bersama dengan packaging terbaru. Produk lain seperti Perfecto Popcorn, Perfecto Chips , Mister Potato Fun Fries masih ada lagi di pasaran. Tahukah anda pek Mamee Monster yang terkini nampak lagi matang monster dengan hair style yang mengikut trend terkini. Apapun syabas di ucapkan pada Mamee Double Decker atas pencapaian anda untuk mengekalkan kesedapan, kegembiraan buat semua tidak kira usia mahupun bangsa. Boleh di nikmati produk ini tidak kira di mana jua berada ataupun musim perayaan mahupun berasama mereka yang tersayang Oh ya .. Cerita tentang Mamee Jonker House bukan berakhir di sini. Ada lagi cerita di entri yang lain. Tunggu dan nantikan ya.y
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.