6 TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI NEGERI SELANGOR BEST!

6 TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI NEGERI SELANGOR BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rombongan lawatan sambil belajar antara yang di tunggu sewaktu belajar tidak kira Sekolah Rendah atau Menengah.

Program sebegini membantu pelajar menimba ilmu pengetahuan berbeza. Yalah asyik belajar di kelas pastinya boring, jadi apa kata sekali sekala tukar. Ini diantara lokasi yang direkomenkan.

6 TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MUZIUM COKLAT, KOTA DAMANSARA

Terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan.

Pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu,pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan.

Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!

ZOO NEGARA

Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar.

Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar.

Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi
aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.

SELANGOR FRUIT VALLEY

Terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pelbagai pengalaman.

Antaranya aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Ada juga aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.

KAMPUNG SUNGAI SIREH – TANJUNG KARANG & KAMUPUNG HAJI DORANI- SUNGAI BESAR

Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar!

Disini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa.

Serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!

INSTITUSI PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong.

Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. Ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal. Selain itu dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi.

Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986.

Juga merupakan pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar.

Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!

Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka.

Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi- lokasi di sekitar Negeri. Tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan! Layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge