Tung Yuen Chinese Restaurant Tawar Makan Besar CNY 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tung Yuen Chinese Restaurant Tawar Makan Besar CNY 2019 | Tahun Baru Cina 2019 akan bermula pada 5 Februari 2019. Sehari sebelum Tahun Baru Cina ,ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama bagaikan satu tradisi dimana semua berkumpul untuk menjamu selera. Tidak kisah dekat mahupun jauh perjumpaan di malam hari atau lebih dikenali ‘makan besar’. Ada yang mengatakan yang ianya adalah simbolik perpaduan dalam sebuah keluarga.

Saat-saat sebegini pastinya tidak dilepaskan dan banyak restoran-restoran yang ada di luar sana mengadakan pakej ‘makan besar’ mahupun buffet untuk diraikan. Agar dapat mengeratkan hubungan jua berkongsi cerita dan merakam detik bersama keluarga yang tersayang. Antara lokasi pilihan kali ini ialah di Tung Yuen Restaurant dalam Grand BlueWave Hotel di Shah Alam

Tung Yuen Restaurant bakal memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan eksklusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. Tung Yuen Chinese Restaurant

Menu ini hanya di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 mulai 15 Januari hingga 28 Februari 2019, dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari.  Manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina.Tung Yuen Chinese Restaurant

Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +. Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set.

Poon Choy Set di Grand BlueWave Hotel 
Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang. Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel).Tung Yuen Chinese Restaurant

Tung Yuen Chinese Restaurant

Tung Yuen Chinese Restaurant

Tung Yuen Chinese Restaurant

Untuk melengkapkan lagi keseronokan semasa Tahun Baru Cina, turut ditawarkan disini adalah Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, ianya sangat sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan.

Disediakan empat set menu iaitu,

Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, untuk 10 orang

Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, untuk 10 orang

Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+. untuk 10 orang

Super Value Auspicious Good Health berharga RM898.00 untuk 6 orang Tung Yuen Chinese Restaurant

Dinasihatkan anda untuk membuat tempahan melalui talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. Selain itu,Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Untuk maklumat lanjut layari

Website Grand Bluewave :  www.bluewavehotels.com



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge