FOOD REVIEW

CNY 2017 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Dengan Hidangan Poon Choy Set

oleh

Assalamualaikum dan Salam SejahteraCNY 2017 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Dengan Hidangan Poon Choy Set

CNY 2017 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam memperkenalkan hidangan Poon Choy Set dah semestinya jika menikmati hidangan disini pastinya HALAL tidak kira dari bahan-bahan yang digunakan mahupun cara masakannya. Grand Bluewave adalah diantara hotel yang mempunyai sijil HALAL di area Shah Alam . Untuk Tahun Baru Cina kali ini, hidangan Poon Choy menjadi pilihan.

Poon Choy

img20161228125337.jpg

Set menu Poon Choy ni merupakan hidangan tradisional Cina yang mengandungi pelbagai jenis makanan yang dihidangkan di dalam satu mangkuk porcelain yang besar untuk dimasak semasa makan besar keluarga.

img20161228124941.jpg Pelbagai isi yang terdapat di dalam Poon Choy ini seperti ayam steam, udang, cendawan, ayam roasted, mahupun itikimg20161228124952.jpg
Terdapat 2 pakej Poon Choy iaitu
Package A  – RM798.00+ 
 Package B – RM1188.00+
Yee Sang.img20161228125404.jpg

Yee Sang tidak ketinggalan juga kerana ianya adalah makanan tradisi. Yee Sang ini macam makanan yang macam ala-ala salad yang di gaulkan sekali bersama bahan-bahan perasa yang tersendiri. Yee Sang dikatakan apabila di gaul beramai-ramai, lagi tinggi diangkat lagi ‘ong’ katanya.. Kebiasaanya sewaktu mengaul mereka memohon kesejahteraan, kewangan, kesihatan. jodoh dan macam-macam lagi. Masing-masing mempunyai kepercayaan bukan?img20161228124834.jpg

Ada beberapa jenis ‘Auspicious Yee Sang’ yang disediakan oleh Chef Patrick dan krewnya di Tung Yuen Chinese Restaurant ni iaitu Tuna and Abalone Yee Sang, Salmon Fish and Pacific Clam Yee Sang, Salmon Fish Yee Sang dan juga Vegetarian Yee Sang.
Harga bermula dari RM40.00++ hingga ke RM 360.00+, sesuai untuk seminimum 2 orang makan .
img20161228125256.jpg
Bagi Golden Prosperity CNY Set Menu pula, hidangan disediakan mengikut pakej yang telah pun disediakan. KP rekomenkan set menu ini dimana ianya sesuai untuk dimakan bersama keluarga, rakan-rakan mahupun rakan sepejabat.

Golden Prosperity CNY Set Menu 

RM 888.00+ (Menu 1)
RM 1,228.00+ (Menu 2)
RM 1,688.00+ (Menu 3)
Menu yang dihidangkan didalam set menu diantaranya ;
Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable With Whole Garlic
img20161228125327.jpgLayan makan sayur dimana berlainan dengan masakan melayu mahupun indiaimg20161228124407.jpgBraised Dry Seafood Soup with Fish Lips
img20161228125353.jpgPertama kali mencubanya. Menarikd dan sedap
img20161228124415.jpg

Fried Rice with Yam and Chicken Meat
img20161228124931.jpg
Yang ini win walaupun KP tak makan keladi tetapi tidak terasa sangat keladinya.
Promosi Gong Xi FaChai Chinese Food Grand Bluewave Hotel ni bermula dari 3hb Januari – 6hb Februari 2017. Jangan lupa buat reservation atau booking dahulu sebelum datang ye
Alamat:
Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

Maklumat terbaru layari di

Website Grand Bluewave :http://www.bluewavehotels.com/

Facebook Grand Bluewave : https://www.facebook.com/grandbluewave/

Instagram Grand Bluewave : https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/