SITI KHADIJAH Lancar Rangkaian Telekung Baharu di SHOPEE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SITI KHADIJAH Lancar Rangkaian Telekung Baharu di SHOPEE| Siti Khadijah, jenama telekung berlandaskan hukum syariah yang terkenal dan bermutu tinggi telah melancarkan rangkaian telekung terbaharunya di Shopee,platform e-dagang No. 1 di Malaysia. Peminat pasti teruja dan tertarik dengan begitu banyak pilihan rekaan yang bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga cantik dan menarik dipandang.

Jenama pakaian solat untuk wanita yang terunggul di Malaysia ini diasaskan pada 2009 dengan matlamat untuk menawarkan telekung yang direka untuk menjamin keselesaan dan fleksibiliti, terutama sekali pada bahagian muka dan dagu dan pada masa yang sama menyediakan pelbagai pilihan corak inovatif, motif dan warna. Dalam jangka masa yang panjang, Siti Khadijah merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesarl di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa.

Buat masa ini peminat boleh mendapatkan set telekung Siti Khadijah dengan pelbagai rekaan menerusi platform beli-belah dalam talian. Kesemua telekung Siti Khadijah dibuat daripada material Poplin Signature bermutu tinggi: Signature Inara L.E warna putih, Sakura in Maroon dengan corak bunga yang cantik, dan TPO Songket dalam warna raksa, hitam dan merah jambu. Harga telekung bermula dari RM195 ke atas.

Selain tambahan terbaharu telekung, orang ramai juga boleh memilih pelbagai pakaian wanita jenama Siti Khadijah termasuk tudung, stokin tangan, jubah dalaman, baju Melayu, beg sandang, beg jinjit kembara dan aksesori.

Di samping itu, mereka akan mendapat diskaun apabila membuat pembelian dari kedai rasmi di Shopee:

  • potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100
  • RM20 dengan perbelanjaan RM170 ke atas
  • diskaun 10% dihadkan pada RM20.

Tawaran dan diskaun ini sah sehingga 31 Mei 2019.

“Telekung merupakan pakaian khusus yang digunakan oleh wanita Islam untuk bersolat. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh ramai adalah pemindaan yang perlu dibuat untuk memastikan potongannya sesuai untuk pemakaian yang selesa. Oleh itu, kami memperkenalkan pakaian solat dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama kepada bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan – dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik.

Kami di Siti Khadijah berusaha untuk mengekalkan sejarah dan nilai-nilai warisan telekung sambil memperkenalkan beberapa rekaan menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami harap wanita Islam seronok memakai telekung kami khususnya tambahan terbaru dalam koleksi kami, sebagaimana seronoknya kami menghasilkan setiap satu daripadanya untuk mereka. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,”

-Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian telekung Siti Khadijah yang terkini, sila kunjungi :

Website : https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial



1 thought on “SITI KHADIJAH Lancar Rangkaian Telekung Baharu di SHOPEE”

  1. Pingback: SHOPEE24 Express Delivery, Jaminan Penghantaran Segera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top