Pi Penang, Jangan Lupa Cari 7 Makanan Ini Tau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pi Penang, Jangan Lupa Cari 7 Makanan Ini|Setiap pelancong yang datang ke Pulau Pinang pasti tidak melepaskan peluang untuk merasai makanan yang sedap bertaraf 5 bintang. Walaupun makanannya hanya di jual di jalanan tetapi makanan yang di sediakan juga berpatutan. 

Di Penang ni ada bermacam-macam jenis makanan dengan keunikan rasa yang tersendiri. Ada dari menu versi Melayu, Cina, India, Mamak, Western dan banyak lagi. Ada juga pelbagai pilihan tempat makan seperti di gerai kaki lima, kafe, restoran mewah dan lain-lain lagi. Pendek kata kalau pusing satu Penang bab mencari makanan ni, memang tak akan puas.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak makanan ada di antaranya yang memang patut di cuba ketika berada di Penang. Kalau tak makan memang tak sah! Antaranya :

  • Roti canai
  • Pasembor
  • Nasi Kandar
  • Rojak Mee
  • Cendol dan banyak lagi.

Di sini akan dikongsikan juga antara nama restoran (tempat makan) yang boleh dikunjungi. Antaranya adalah :

1) Nasi Kandar Deen Maju

Semua orang mengetahui bahawa Penang cukup terkenal dengan hidangan nasi kandar. Nasi kandar merupakan salah satu nasi yang dilimpahi dengan kuah kari serta lauk yang tiada tolok bandingnya. Jadi, percutian ke Penang tidak sah dan lengkap selagi kita tidak beratur untuk mencuba makanan yang popular itu iaitu nasi kandar.

Kedai nasi kandar yang popular antaranya adalah kedai Nasi Kandar Deen Maju. Kedai ini terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown. Di kedai ini anda mempunyai pelbagai pilihan makanan antaranya kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.

Kenapa kari? Nama pun kedai nasi kandar haruslah banyak pilihan makanannya berasaskan kari, kalau pilihan makanan lebih kepada sup bukanlah kedai nasi kandar.

Yang menjadikan kedai Nasi Kandar ini berbeza dengan kedai yang lain adalah ayam goreng berempahnya. Ayam gorengnya berbeza dengan ayam goreng yang biasa di makanan di kedai makan biasa atau mamak. Ayam berempahnya sangat sedap sehingga tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya. Jadi, sebagai pelancong yang pergi melancong ke penang anda sangat di galakkan untuk pergi ke Kedai Nasi Kandar ini.

2) Nasi Kandar Line Clear

Satu lagi restoran Nasi Kandar yang terkenal iaitu Nasi Kandar Line Clear! Wow dah hampir sama dengan nama production pula. Kedai ini sedikit berbeza dengan kedai Nasi Kandar yang lain kerana kedai ini bukan sahaja popular dengan nasi kandar yang beraneka lauk, TETAPI kedai ini juga popular disebabkan kari kepala ikannya. Rasa kari dan kepala ikan yang sangat blendlah orang kata.

Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiz kepala ikan tersebut.  Besar saiz kepala ikan maka besar duit poket yang bakal di keluarkan. Lauk yang lain juga boleh di tambah untuk meningkatkan lagi selera.

3) Nasi Kandar Beratur

Nasi kandar beratur sesuai dengan namanya, siapa yang mahu makan Nasi Kandarnya perlulah beratur dahulu menurut penduduk tempatan.

Walaupun perlu beratur panjang, tetapi ianya sangat berbaloi kerana rasanya makanannya yang sangat sedap. Nasi Kandar Beratur ini berjaya membuatkan orang beratur sejak mula beroperasi pada tahun 1943. Restoran ini beroperasi pada pukul 10 malam hingga 9 pagi

4) Teochew Cendol

Pasti ramai yang ingin minum air cendol yang popular di Penang kerana Penang juga merupakan salah satu negeri yang Popular dengan minuman cendol selain Melaka. Jadi, apa kata, setelah berpenat-penat berjalan di Penang singah sebentar di Gerai Teochew Cendol.

Gerai ini sangat popular kerana cendolnya cukup rasa. Cukup rasa di sini bermaksud ais yang di belender hancur dan curahan gula dan santannya yang cukup berlemak menyebabkan setiap yang minum pasti akan terangkat seleranya. Minuman ini sememangnya mampu mengeliurkan deria rasa setiap peminatnya.

5) Kedai Nasi 7 Benua

Nama kedai nasi 7 Benua telah menyebabkan ramai yang tertanya-tanya mengapa 7 Benua. Sebenarnya ianya dikenali sebagai kedai Nasi 7 Benua kerana mempunyai 7 jenis nasi yang berbeza. Ianya disajikan di dalam satu pinggan yang sama sehingga melihatkan nasi yang berwarna-warni (7 warna). Nasi yang digunakan adalah nasi putih, nasi minyak, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi lemuni, nasi tomato dan juga nasi hujan panas.

Lauk-lauk yang disediakan adalah seperti ayam masak merah, kari, ayam panggang, sambal kentang, daging, ulam-ulaman dan lain-lain lagi.

Dengan warna-warni nasi yang sebegini ceria, pasti mampu menawan hati kanak-kanak yang susah untuk makan (picky eater)

6) Sani Char Kuey Teow

Char Kuey Teow merupakan salah satu menu yang terkenal di Pulau Pinang selain dari nasi kandar, roti canai dan cendol. Di Sani Char Koey Teow, ada menyediakan pelbagai jenis menu Char Kuey Teow.

Kuahnya yang pekat dengan rasa kemanisan udang dan kerang menyebabkan kesedapan char kuey teow ini sukar untuk di lupakan. Dalam erti kata mudah Char Kuey Teownya mempunyai rasa yang cukup. Disebabkan itu, gerai ini menjadi salah satu destinasi yang WAJIB dikunjungi bagi mereka yang mengemari Char Kuey Teow.

7) Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road merupakan tempat sarapan pagi yang sangat menyelerakan. Kedai ini popular dengan roti canai ataupun roti bakar.

Mengapa kedai ini berbeza dengan kedai yang lain? Semua ini disebabkan oleh kuah roti canainya yang pekat lain daripada kuah roti canai yang biasa di makan di kedai lain. Manakala, roti bakarnya pula di sediakan dengan telur goyang (telur separuh masak). Roti bakarnya  memang cukup enak dan menyelerakan. Tidak cukup rasanya order satu sahaja bagi mereka yang amat meminati roti bakar. Datang seawal yang mungkin untuk mudah mendapatkan meja makan di pagi hari.

Bagi “FOOD HUNTER” yang gemar mencuba makanan baru, Penang merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mencari makanan yang enak, lazat dan viral. Jika rasa dah penat nak jalan sana sini sebab kaki dah penat, eh apa susah.. boleh je guna cara online food delivery dari pihak Foodpanda.

Melalui servis Foodpanda, tak payah lagi nak pening kepala cari lokasi kedai hingga tahap sesat, tak payah juga menahan sakit kaki lenguh betis dek kerana nak cari lokasi kedai makan ini semua. Muat turun aplikasi Foodpanda ke telefon bimbit kemudian boleh order semua jenis makanan yang ada di Penang dengan lebih mudah dan pantas.



About The Author

1 thought on “Pi Penang, Jangan Lupa Cari 7 Makanan Ini Tau”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top