Chakri MY Thai Street Di Sunway Pyramid Buat Penggemar Makanan Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chakri MY Thai Street Di Sunway Pyramid Buat Penggemar Makanan Thai| Siapa yang tidak menggemari makanan Thailand? Makanan Thai terbahagi kepada dua iaitu di restoran dan di tepi jalan atau lebih dikenali dengan ‘Thai Street’. Berkesempatan untuk ke sini bersama rakan-rakan mencuba menu Thai Street.

Sedikit info tentang Chakri MY Thai

Ianya dimiliki oleh Rotol Food Chain yang mempunyai cawangan makanan Thai juga seperti Chakri Palace dan Chakri MY. Chakri MY Thai adalah satu-satunya restoran dibawah Rotol Food Chain yang menghidangkan menu Thai Street buat para pengunjung yang ingin menikmati makanan atau hidangan sebenar dari Thailand.  Meja yang teratur di dalam dan luar restoran membuatkan kelihatan luas, bersih. Apabila menikmati hidangan disini, terasa bagai anda berada di Thailand dengan hiasan dan dekorasi yang ada. Bukan itu sahaja ya pada anda yang menggemari bergambar ada juga ‘photobooth’ untuk anda bergambar. Memang serius lawa tak percaya tengok sendiri ya. Ini diantaranya tau

Dah siap KP bawa pusing-pusing restoran apa kata jom check menu apa yang ada. Menu yang dicuba kali ini adalah menu Thai Street yang biasa boleh didapati di cafe cafe tepi jalanan di Thailand. Ada yang memang di rekomen untuk mencuba antaranya

Mama Hot Pot RM 39.90

Ini adalah hidangan untuk 2- 4 orang. Mengandungi bahan makanan laut yang dimasak dengan kuah tomyam istimewa dari chef. Dihidangakan didalam ‘hot pot’ untuk memastikan yang hidangan senantiasa panas. Tengok saja dah sedap apa lagi makan kan. Dalam mama hot pot ini ada mee seperti maggi. Bahan yang segar menjadikan ianya lebih sedap dinikmati bersama ahli keluarga atau rakan=rakan.

Egg Lava Chicken with Rice RM 19.90

Kalau hidangan ini sesuai untuk anak-anak yang tidak makan pedas sebab cili diasing. Ianya nasi dan diselaputi dengan telur diatas seperti lava. Di hidangkan sekali dengan kepingan ayam untuk menjadikan hidangan yang lengkap. Makan nie sorang ye tak boleh kongsi sebab sedap

Fried Calamari Rings with Lime and Chilli RM14.90

ala-ala sotong tepung. Yang menjadi kelainan ialah dihidangkan sekali dengan cili limau. Rangup jika dimakan waktu panas ya.

Deep Fried Tilapia RM 38.90

Ikan talapia goreng cicah cili khas dari chef. Kalau makan di sini best sebab isi ikan siap di potong, tidak perlu risau. Kalau dapat lagi garing lagi terangkat cicah dengan cili pedas. Makan dengan nasi putih memang layan. Cukup mudah dan ringkas menu ini

Seafood Pad Thai With Wanton Skin RM15.90

Dari nama menu pastinya semua tahu. Pad thai antara menu yang memang dan wajib ada di Thailand. Yang membezakan adalah isi nya. Seperti yang cuba adalah isi bahan makanan laut dan kepingan di tepi limau adalah kulit wantan. Kulit wantan di goreng dan bila dinikmati digaulkan sekali. Nak lagi sedap perah limau.

So menu makanan dah apa kata ke menu pencuci mulut atau manisan. Kalau biasa ke mana-mana restoran atau expo makanan Thailand pasti jumpa dengan menu ini.

Red Ruby Waterchestnut RM 7.90

Untuk penggemar nangka pilih yang ini ya

Mango Sticky Rice with Ice-Cream RM 10.90

Penggemar pulut mangga cuba yang ini. Kelainan pulut warna putih dan hijau . Ditambah dengan aiskrim. Jadi ada rasa masin, manis, dan masam (buah mangga)

Ha.. Macam mana terliur ke tak ?? Hihihi… Nie nak kongsi untuk yang terakhir iaitu minuman.

Thai Rose Milkshake RM 9.90

Thai Lemon Grass Fizzy RM 7.90

Milk Green Tea RM 6.90

Chocolate Milkshake RM 9.90

Thai Milktea RM 6.90

Ovaltine Volcano RM 8.90

Ini baru sikit saja masih banyak lagi menu yang ada. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi yang bakal diadakan layari

Facebook : ChakriMY


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top