Naked Restaurant Jangan Di Nilai Dari Nama Tapi Pizza Ya!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Naked Restaurant Jangan Di Nilai Dari Nama Tapi Pizza Ya!|Dari nama restaurant saja pasti anda semua berkata-kata. Biar betul nama restaurant nie macam tiada nama lain ke. Sebenarnya ada masuk disebalik nama restaurant ini. Apa yang dimasak atau ditonjolkan adalah terang-terangan tanpa disembunyikan. Kecuali resipi memang tak boleh dikongsilah

Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur terletak di Plaza Damas. Ianya terkenal dengan hidangan pizza yang menarik pelbagai tetamu untuk menikmati disini

Mempunyai keunikan resipi pizza tersendiri hingga pernah menerima pelbagai anugerah.Selain dari pizza ada lagi menu lain seperti sup, salad, appetizer, hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut.

Pasti ada yang menanyakan bila restaurant bercampur dengan bar adakah ianya halal? Di sini anda tidak perlu risau kerana Chef-chef yang bakal memasak hidangan anda beragama Islam. Head Chef sendiri  Encik Mohd Azlan Bin Mat Din sudah berkerja di sini hampir 4 tahun . Memang tugasnya untuk memastikan segala bahan mentah yang dimasak adalah dari pembekal yang mempunyai sijil pengesahan HALAL.

Berbalik pada menu pula, ini antara menu yang KP cuba sewaktu berada di Naked Restaurant. Bermula dengan hidangan

 

Beef Wellington

Lihat sendiri hidangan ini, siap ada ukiran ayat NAKED diatas pastri. Dimasak menggunakan daging tenderloin dan cendawan. Kemudian dibakar dan dimakan bersama sayur campur rebus, kentang goreng dan jusnya. Biasa KP dapat nikmati hidangan ini bila ada majlis istimewa sahaja.

Hot Wing

Kepak ayam antara makanan kegemaran KP. Kali ini ada beberapa perisa pilihan diantaranya perisa original dan sos pedas

Naked House Pizza

Signature dish dimana ianya adalah hidangan istimewa dari restaurant ini. Gabungan ayam dan cendawan dimasak bersama sos istimewa yang boleh didapati di sini saja.

Smoked BBQ Pizza

Seperti nama pasti ada sos BBQ. Kelainannya adalah isi dada ayam panggang ditambah dengan nenas, lada paprika untuk menjadikan ia berasa ada manis dan pedas.

Salmon Pizza

Rasanya yang enak dan gabungan setiap bahan-bahan topping sememangnya patut dicuba. Tengok salmon dengan pizza pun boleh jadi kombinasi yang menarik.

Pepperoni Pizza

Menu yang biasa ada di mana-mana restaurant atau kedai pizza. Pilihan sama ada ayam pepperoni atau daging pepperoni. Kelainan di sinia adalah pada pepperoni itu sendiri. Kalau nak tahu kenalah rasa sendiri.

Fruitti de Mare Pizza

Anda peminat seafood . Ini diantara pizza yang boleh anda cuba. Isian makanan laut seperti sotong, udang diatas pizza. Di serikan dengan sayur-sayuran yang menaikkan lagi kelazatan hidangan ini.

Parking tidak perlu risau kerana banyak dan lokasi Naked Restaurant & Bar juga adalah strategik. Kalau nak tengok bola pun ada disini. Dari malam Jumaat hingga hujung minggu adalah waktu yang paling best. Pelbagai gelagat tetamu anda boleh lihat sendiri. Untuk maklumat lanjut layari FB dan IG

Facebook : https://www.facebook.com/NKDRestaurantKL/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top