Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Uriah See Wakil Malaysia Pertandingan Opera- Super Vocal Musim Kedua|. Bakatnya mula menyerlah selepas Uriah See menyertai agensi, Idea Music Entertainment. Semua perubahan berlaku tanpa disedari selepas pihak pengurusan membuat beberapa perancangan untuk kerjayanya. Antaranya menjadi wakil Malaysia pertama menyertai Pertandingan Opera “Super Vocal Musim Kedua” yang popular di China
Menerusi latihan yang diatur, beliau berpeluang mengetengahkan bakat yang selama ini tidak disedari seperti bidang nyanyian, lakonan dan penciptaan lagu. Sepanjang bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment beliau berjaya menimba pelbagai pengalaman dan sekali gus menjadikan Uriah See sebagai artis serba boleh.
Mengejar Impian dalam Opera menerusi program “Super Vocal Musim Kedua” Super Vocal Musim Kedua merupakan salah satu program TV terbesar dan popular di China. Selepas produksi mengumumkan 36 finalis yang berjaya menyertai program tersebut, nama Uriah antara yang sering menjadi perhatian ramai.
Sejak dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, beliau amat menghargai peluang yang diberi kerana
sejak kecil Uriah sudah didedahkan dengan muzik klasikal. Uriah turut memperolehi Gred 8 dalam Diploma Muzik Klasikal.
“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja. Dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu akan bercanggah dengan jadual penerbitan album. Terus terang saya berada di dalam dilemma. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini.
“Saya yakinkan diri untuk merebut peluang ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Tentang penerbitan album baharu saya itu, tarikh lain akan ditetapkan kemudian selepas selesai penggambaran program tersebut,”
-kata Uriah.
Kini, Uriah sedang menjalani latihan dan penggambaran untuk program nyanyian tersebut. Video pengenalan mengenai Uriah yang dimuat naik di Facebook produksi berjaya meraih tontonan sehingga 1.9 juta dalam tempoh dua bulan sahaja. Sebagai pelakon utama drama tersebut, Uriah begitu sedih apabila tidak dapat menghadiri sidang media drama itu di Singapura semasa ia mula disiarkan.
Adakah beliau komposer lagu “Listen to Your Inner Voice” dendangan Victor Wong dan Azora Chin?
Rupa-rupanya lagu duet baharu Victor Wong dan Azora Chin, “Listen to Your Inner Voice” yang seringdiputar di stesen radio adalah ciptaan Uriah dan seorang komposer lain.Lagu “Listen to Your Inner Voice”, nyanyian Victor Wong dan Azora Chin secara tak langsungmempamerkan karisma karya komposer dari Malaysia itu.
Uriah merasa teruja apabila mengetahui lagu tersebut merupakan salah satu lagu utama yang terdapat dalam album dendangan penyanyi Azora Chin. Azora memberitahu Uriah bahawa beliau akanmenyanyi lagu ciptaan Uriah dan komposer itu berharap di masa akan datang, hasil karyanya akan mendapat pengiktirafan orang ramai.
Sebagai anak seni yang berwibawa, Uriah berjanji akan terus mengembangkan bakat seninya hingga ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.
Untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/uriahseekhai/