MOVIE/TEATER

Filem Rembat, Memupuk Semangat Cintakan Negara & Semangat Setiakawan

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

download

Grand Brilliance, Red Films dan Marna Films telah berkolaborasi bersama untuk menghasilkan satu filem kepelbagaian kaum di mana ianya diarahkan oleh Shamyl Othman, nama yang tidak asing dalam dunia perfileman. Shamyl Othman pengarah muda yang mengikut jejak ayahanda beliau iaitu Othman Hafsham mula menjinakkan diri dalam dunia penyiaran selepas menamatkan pengajian di Victorian College of the Arts di Melbourne, Australia. Filem pertama beliau ialah “Kami Histeria” di tayangkan pada tahun 2013. Filem Rembat merupakan filem kedua beliau.

Malik

Julung kali dua nama besar dakan dunia seni di gabungkan iaitu Shaheizy Sam dan penghibur antarabangsa Aniu di lihat bakal menarik minat para penonton dari pelbagai bangsa mahupun lapisan masyarakat untuk menonton filem ini. Siapa yang tidak kenal dengan Shaheizy Sam di mana memulakan karier dalam dunia lakonan seawal 12 tahun. Beliau juga telah memenangi anugerah Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian dua kali berturut-turut untuk tahun 2013 dan 2014.

ChinChye Tan Kheng Seong atau dikenali dengan nama Aniu, telah memulakan karier seni sebagai seorang penyanyi sebelum menceburkan diri dalam dunia lakonan. Selain di Malaysia, Aniu telah melakar namanya di Singapura, Taiwan, China dan juga Hong Kong. Beliau juga pernah berlakon bersama Aaron Kwok pada tahun 2001, di mana filem ini sedikit sebanyak mengangkat nama beliau.

Dua syarikat produsi iaitu Grand Brilliance & Red Films mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Marna Films setelah menyedari yang masing-masing berkongsi matlamat yang sama. REMBAT, menampilkan identiti sebenar rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Komedi yang dipaparkan juga mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dan memberi peringatan kepada semua tentang kepentingan semangat setia kawan dan sikap cintai negara sendiri

Sinopsis Filem REMBAT

Azira&Malik

Tentang 2 sahabat baik, Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) dalam sebuah pengambaran yang penuh aksi dan berunsur komedi yang amat sinonim dengan budaya rakyat Malaysia. Mereka merlarikan diri dari Shah Alam – Kuantan dan selatan tanah air – Johor Bahru untuk melarikan diri setelah terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia dan Thailand.

AhLoong&Assistant Pengembaraan mereka unuk melepaskan diri daripada “ah long” ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila bertemu dengan karektor lain seperti MR Baby, Awek Baju Kurung Basah dan lain-lain lagi,

MRBaby AhLoong

Ada moment yang terindah sebelum penghabisan cerita ini? Berjayakah mereka lari dari Ah Long? Dapatkah merekea mempertahankan negara dan sikap setia kawan? Siapakah Mr Baby dan Awek Baju Kurung Basah?

Trailer Filem REMBAT

Jangan lepaskan tayangannya di pawagam mulai Oktober 8, 2015

OST Filem REMBAT

#kitepunye #kitepunyedotcom #rembat