KL Meroyan Gandingan Ketua Kongsi Gelap Penuh Dengan Aksi di TV2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KL Meroyan Gandingan Ketua Kongsi Gelap Penuh Dengan Aksi di TV2|Menampilkan gandingan pelakon wanita yang hebat dan berpengalaman Miera Leyana, Amy Mastura, Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty sebagai ketua kongsi gelap kumpulan masing- masing. Drama bersiri terbaharu yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk KL Meroyan antara program terbaik dijanjikan RTM.

Berbeza dengan banyak drama sebelum ini yang mana mengangkat kisah watak gangster dalam kalangan lelaki, penonton pastinya bakal teruja dengan watak dan perwatakan yang dibawakan barisan mantap pelakon wanita ini kerana turut menonjolkan keupayaan mereka menghidupkan watak ketua kongsi gelap wanita. Dengan pengenalan tajuk yang unik, drama bersiri 13 episod yang turut dibintangi oleh Riz Amin, Norman Hakim, dan Fahmi Reza ini disiarkan mulai 5 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 1.00 petang menerusi TV2.

Sinopsis KL Meroyan

Episod pengenalan KL Meroyan memaparkan dua kumpulan kongsi gelap yang masing-masing menunjukkan kekuatan antara satu sama lain. Setiap kumpulan akan menuduh musuhnya apabila berlaku insiden yang tidak diingini di kawasan mereka dan bersedia untuk membalas dendam. Kedua-dua kumpulan ini diketuai Lola dan Dina. Mereka pernah berkawan namun terjadi permusuhan kerana berebut teman lelaki yang sama bernama Razif.

Razif di penjara kerana kesalahan jenayah. Akhirnya Lola dan Dina memilih pasangan masing-masing. Jika ada perselisihan antara kumpulan, mereka akan menggunakan Ita sebagai orang perantaraan. Ita juga mengetuai kumpulan kongsi gelap dan mempunyai impiannya sendiri. Untuk menggapai cita-citanya, Ita akan melaga-lagakan kedua-dua kumpulan tersebut secara halus tanpa disedari Lola dan Dina umpama insiden kematian suami mereka, membakar kedai, barangan dirampas kastam dan mengatur pergaduhan antara kedua-dua kumpulan.

Masa berlalu Dina dan Lola telah menyerahkan kuasa kepada anak-anak mereka Liya dan Andit sebagai ketua kongsi gelap menggantikan arwah suami masing-masing yang mati dibunuh. Tugas pertama mereka ialah membalas dendam atas kematian bapa-bapa mereka. Dua kumpulan bersemuka dan akhirnya berlaku pergaduhan.

Mak Ta menasihatkan Lola dan Dina melupakan permusuhan mereka kerana beliau percaya ada pihak lain yang cuba menghancurkan perniagaan mereka kerana suaminya juga menjadi mangsa. Andit dan Liya juga cuba mengubah pendekatan dalam pengurusan baru mereka. Andit dan Liya sering bertemu tanpa pengetahuan ibu mereka. Hubungan mesra Liya dan Andit diketahui oleh Lola dan menyebabkan Lola meminta rakannya
Anita memikat Andit. Liya memujuk Andit berhijrah ke Australia menjalani kehidupan baru.

Namun Andit pula belum bersedia. Liya menyampaikan hasrat kepada ibunya untuk meletak jawatan kerana kerja yang dilakukan tidak sesuai dengan jiwanya dan berisiko. Ibunya memujuk dan minta bersabar. Dina terpaksa mengambil alih kerja tersebut. Razif yang telah keluar dari penjara telah berjumpa dengan Lola dan diperkenalkan kepada Andit. Razif berhajat untuk membawa Lola keluar dari kancah perniagaan haram yang
dilakukannya sekarang.

Lola berkongsi dengan Andit mengenai kisah lampau majlis pernikahannya dengan Razif yang telah diganggu oleh Dina yang mahu bermadu dengan Lola. Berang permintaannya ditolak Dina telah melaporkan kegiatan kongsi gelap kepada polis menyebabkan Razif meringkuk di penjara. Sejak itu mereka bermusuh. Andit merancang supaya ibunya meninggalkan perniagaan haramnya sekarang dan menjualkannya kepada Dina.

Semasa perbincangan Dina mengamuk apabila Lola telah memungkiri janji untuk membeli perniagaannya sebaliknya telah membuat tawaran balas untuk menjual perniagaan miliknya kepada Dina. Dina tidak berpuashati dan bertindak agresif dengan menyerang pengikut Lola dan mencederakan Andit. Lola bertindak balas namun Razif sempat menghalangnya.

Liya bergaduh dengan Andik namun Ombak mempertahankannya pula. Dalam pada itu Liya melancarkan produk minyak wanginya, Andik dan Lola turut hadir dalam majlis perasmian tersebut. Lola mula merancang akan mengeluarkan minyak wangi yang sama untuk menyaingi Liya. Dalam tempoh yang singkat Lola melancarkan produk pengeluarannya. Di majlis pelancaran tersebut Dina mengamuk kerana Lola telah menciplak produk keluarannya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top