FOOD REVIEW

Stiq Wangsa Maju Bukan Sekadar Stiq Biasa & Kambing Lambak Terbaik

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Stiq Wangsa Maju Bukan Sekadar Stiq Biasa & Kambing Lambak Terbaik |Pernah tak bila tekak rasa nak makan steak perkara pertama terlintas di fikiran adalah lokasi. Lokasi di mana steak yang paling sedap dengan harga berpatutan. Adakah di hotel ataupun restoran-restoran ternama dan ekslusif . Apa kata kalau KP ajak makan steak di bawah pokok , kualiti dan masakan seperti di restoran ternama percaya ke tak ? Mesti anda semua tak percayakan … Ini betul betul dan bukannya cobaan 

Informasi Tentang Stiq Wangsa Maju

Ianya mula dibuka pada October 2017 dan beroperasi dari jam 6 petang hingga 1 pagi . Cara masakan adalah dengan menggunakan teknik masakan SousVide . bagi yang tidak memahami apakah teknik ini ianya adalah teknik masakan didalam vacum sebelum dibakar.  Menjadi viral disekitar Lembah Klang dimana anda boleh mendapat premium steak dibawah harga pasaran. Macamana tu hidangan kualiti hotel tapi bila harga cam harga street food. Asalakan anda tak segan tak malu makan di streetfood seperti di tepi jalan mahupun bawah pokok ini tempat memang KP rekomen.

Menu di Stiq Wangsa Maju

Harga yang dikenakan untuk setiap hidangan bersama 1 pilihan minuman samada air tin atau air mineral. Setiap set hidangan disertakan sekali salad, dan grill potato. Grill potato yang digunakan adalah US potato dan diserikan dengan hirisan bacon dan sour cream diatasnya. Pastie tertanya berapa berat atau besar lamb/beef untuk setiap hidangankan ? Bagi hidangan beef mahupun lamb setiap hidangan berat dalam 250-300gm

 

Lamb Shank RM 40.00 

-Lamb shank telah di masak selama 24 jam menggunakan slow cook . Secara jujur , sewaktu KP memotong dagingnya memang lembut dan dicicah pula dengan sos creamy kimchi . Jangan risau kerana sos ini ada rasa masam, manis dan BBQ .

Kambing Lambak RM 27.00

Kambing di potong dalam saiz kecil senang dan mudah di makan . Cicah pula dengan sos special dari Stiq. Maaflah ye KP boleh menghadap hidangan ini seorang diri dan tak pandang kiri kanan dah. Bukan mengampu tetapi inilah hakikatnya. Menepati dari segi masakan, kelembutan dan sos.

Stiq Wangsa Maju Bukan Sekadar Stiq Biasa & Kambing Lambak Terbaik

Lamb Stiq RM 27.00

Kalau tadi lamb shank di masak selama 24 jam yang lamb stiq di masak selama 22 jam slow cook. Ini adalah signature dish untuk pilihan Lamb. Stiq Wangsa Maju Bukan Sekadar Stiq Biasa & Kambing Lambak Terbaik

Sekarang kite ke menu ayam pula

Setiap hidangan disertakan bersama potato dan salad. Half baby chicken yang lebih kurang berat 450 gram. Dimasak 12 jam slow cook atau 12 jam brine cook. Untuk ayam ada 4 sos yang anda boleh pilih dari Black Pepper, Kimchi, BBQ dan Peri-Peri. Semua sos ini dibuat senriri aka homemade sos. Malam nie KP mencuba

Chicken Grill Black Pepper RM16.00

Isi ayam apabila dicarik memang lembut, Yang win dalam hidangan ini ialah sos nya . Terasa black pepper dia and boleh dimakan bersama potato yang dihidangkan . Set yang ini KP kongsi berdua sebab 1/2 ekor ayam kot.

Untuk menu yang last  adalah Beef

Beef Stiq RM 27.00

Antara signature dish yang direkomenkan untuk mencuba. Beef Stiq ini dimasak selama 22 jam slow cook. Daging yang di masak menggunakan slow cook memang tidak menghampakan langsung . Lembut isi dagingnya

Stiq Wangsa Maju Bukan Sekadar Stiq Biasa & Kambing Lambak Terbaik

Grass Fed Striploin RM 45.00

Kalau anda peminat beef pasti anda setuju dengan pendapat KP dimana hidangan ini antara yang menjadi pilihan. Isi daging lembut. siap di potong tinggal nak cicah dengan sos dan makan. Siapa yang tak bahagia hati kalau dapat makan hari-hari camnie

 

 Bone Ribs RM 36.00

Manalah tak  isi daging apabila di tarik menggunakan garpu dan pisau . Dimasak selama 30 jam slow cook .. Kalau tak lembut juga tak tahulah KP nak kata apa. Rasanya selain yang menjadikan hidangan ini anta

Sambil type entri nie pun masih lagi teringat akan rasa dan kelembutan daging yang dihidangkan . Bukan nak cerita besar tetapi kena datang dan cuba sendiri. Sekarang nie takda istilah nak makan stiq kena makan kat restoran ternama  atau hotel . bawah pokok pun jadi tau sebab yang kita nak adalah kualiti hidangan cara hotel tapi harga street food .

Untuk makluman lanjut jangan lupa layari

Facebook Stiq Wangsa Maju : https://www.facebook.com/stiqofficial/

Instagram Stiq Wangsa Maju : https://www.instagram.com/stiqofficial/

Alamat Stiq Wangsa Maju : Jln 4/27A Seksyen 2 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Burger Kaw Kaw)

Waze : Stiq Wangsa Maju (sure sampai punya)