Coolblog Kembali Dengan Perisa Baru Cheesy Pinky Berry

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Coolblog Kembali Dengan Perisa Baru Cheesy Pinky Berry| Siapa peminat ‘Cheese’ ? Siapa peminat Berry? Pernah tak terfikir jika kedua bahan ini dicampurkan untuk dijadikan satu minuman yang pastinya menjadi tarikan buat anda peminat cheese maupun berry. Apakah rasanya? Hmm.. andai kata betul teringin-nya nak rasa minuman ini.

Cheese Pinky Berry ini adalah hidangan minuman yang dok sibuk lalu kat timeline sosial media KP dua tiga hari ini. Sekali lalu bolehlah buat tak layan kalau dok asyik 3-4 kali lalu secara automatik tangan pun menekan iklan yang ada. Haa.. rupanya inilah minuman terbaru dari Coolblog ye yang diberikan nama Cheese Pinky berry.

Perasmian minuman ini lain dari yang lain dimana ianya diadakan secara langsung di konti radio SURIA FM bersama barisan utama penyampai radio iaitu Issey, Fizi, Tyzo ,Rara dan juga Suraya. Kalau anda ikuti drama Kampung People mesti kenal akan watak Lailer – ala yang dilakonkan oleh Riena Diana tu .. yuppp dia pun ada sekali untuk memeriahkan perasmian tau.

“Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan hidangan minuman Cheese Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini. Saya yakin siri dan perisa baru ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini. Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020.

Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.

Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.
  • Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim.

 

  • Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo
  • Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar.

Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog sewaktu mengumumkan pelancaran Cheesy Pinky Berry di konti SURIA FM bersama para penyampai dan Riena Diana. ”

-Cik Wan Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog

Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry  ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.

 

Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia dan siap ada yang bekas berbentuk hati.

Muzik Video Cheesy Pinky Berry 
Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka.

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry

Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog. Ikuti hashtag #CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB #CoolblogMalaysia . Untuk maklumat lanjut boleh layari



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top