5 Sebab PG Mall Sesuai Untuk Anda Peniaga Atas Talian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

5 Sebab PG Mall Sesuai Untuk Anda Peniaga Atas Talian |Peniaga atas talian? Atau dalam erti kata yang lain iaitu peniaga online. Pastinya anda pernah membeli barangan di atas talian bukan? Sekarang semuanya dihujung jari. Menjadikan ianya lebih mudah dan ringkas tanpa perlu keluar rumah. 

Siapa sahaja yang tidak pernah membeli barangan diatas talian?. Melalui platform ini, banyak kelebihan pada pembeli dan juga penjual. Terutama sekali di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembelian melalui platform atas talian atau platform edagang naik secara mendadak semenjak PKP dikuatkuasakan. Ini kerana semuanya perlu akur dengan perintah #StayAtHome. Pasti anda pernah dengar dengan PG Mall? Antara platform edagang atas talian yang beroperasi di Malaysia. 

Kenapa beli melalui atas talian atau platform edagang? 

 

  • Mudah, murah dan selamat untuk berbelanja untuk mendapatkan pelbagai barang keperluan. 
  • Tanpa perlu terkejar-kejar Berpusing-pusing mencari tempat letak kereta 
  • Mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan 
  • Beratur panjang di kaunter pembayaran 
  • Membeli pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam
Sedikit informasi tentang PG Mall

 

PG Mall adalah salah satu platform edagang tempatan yang ada di Malaysia. Berada di tangga pertama platform edagang di Malaysia. Lebih dari 3 tahun beroperasi sejak tahun 2017. Masih lagi aktif membantu para peniaga untuk menjual barangan melalui platform ini. Terkini platform edagang ini mempunyai lebih daripada 1,000,000 pelanggan dari serata dunia terutama di seluruh Asia Tenggara. Untuk tahun ini, ia menyasarkan seramai 10,000 peniaga untuk menyertai platform ini.

5 Sebab PG Mall Sesuai Untuk Anda Peniaga Atas Talian

 

1. Tiada kos untuk menjadi peniaga di PG Mall.

2. Mempunyai ‘group support’ / kumpulan pelanggan yang menyokong. Membantu dalam mempromosikan peniaga didalam platform ini melalui rangkaian sosial media mereka. Diantaranya pengalaman membeli-belah.

3. Satu-satunya platform yang mempunyai semua rakan e-dompet utama (Maybank QR Pay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain). Memberi lebih pilihan buat para pembeli untuk membuat pembayaran. Cara ini dapat memberi dorongan kepada peniaga untuk lebih aktif dalam jualan.

4. PG Mall bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Ini akan memudahkan proses penghantaran untuk peniga di PG Mall

5. PG Mall berkolaborasi dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway dan Red Dino

Platform ini mempunyai pasukan dalaman yang kuat. Para peniaga berpeluang untuk berkerjasama dengan e-dompet yang berbeza mahupun bank setiap bulan. Ini bagi membantu dan membolehkan peniaga melakukan pelbagai kempen kreatif untuk jualan mereka. Ini juga dapat mendorong penjualan dan ‘sales traffic’ terhadap barangan mereka. Semestinya setiap peniaga dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan yang yang disediakan didalam platform ini. Jangan kata KP tak kongsi, tak payung ye pasal kelebihan buat anda yang menjalankan perniagaan di atas talian. Untuk informasi lanjut layari

Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top