Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yang Mano Single Kedua Ajak Menampilkan Anak Dalam Muzik Video|Walaupun tiada lagi bertugas sebab penyampai radio sejak awal tahun lalu, Ajak tidak duduk berdiam diri. Sebelum ini sudah melancarkan single pertama kali ini masih lagi dalam bidang muzik dimana single kedua bakal menjengah.
Kalau dulu tampil dengan single pertama ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul Yang Mano.
Yang Mano dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya berunsur catchy yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.
Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ membawa konsep ‘catchy’ dan menyelitkan unsur komedi selari dengan Ajak. Ajak menampilkan diri sebagai Baba (seorang bapa) yang sesuai dengan isi kandungan video muzik rasmi ini.
Muzik Video Yang Mano
Video muzik rasmi Yang Mano boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia pada jam 8 Malam ini manakala single Yang Mano merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas.
Pautan untuk single Yang Mano: https://wmm.lnk.to/ajak
Pautan untuk video muzik rasmi Yang Mano: https://youtu.be/KsboGjc5wI0
Song Credits: Composer: Altimet & Ezra Kong
Lyrics: Altimet & Ezra
Publisher: Kartel Music Publishing Production
Credits: Music Producer: Ezra Kong
Mixing & Mastering: Ezra Kong
Additional BVs: Altimet & Lazarul Afiezy b Zakaria
Mengenai Ajak
Ajak merupakan artis komedi, pelakon, hos, penyanyi dan rapper. Ajak merangkul gelaran Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dan Ajak adalah bekas penyampai radio HOT FM. Ajak juga merupakan pengacara yang telah mengacarakan acara-acara berprestij seperti ABPBH dan juga DFKL. Ajak kini mengacarakan program TV iaitu Melodi. Melakonkan watak di dalam Keluarga Iskandar The Movie yang akan ditayangkan September ini, Ajak juga berlakon di dalam filem-filem di Malaysia.
‘Yang Mano’ merupakan single ketiga nya yang dicipta oleh seorang rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah iaitu Altimet dan Ezra Kong yang merangkul Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) menerusi lagu Jampi bersama dengan Hael Husaini.