Ariq Azhafi aka Timeboy – Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik
June 28, 2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ariq Azhafi aka Timeboy – Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik|Kenalkah anda dengan penyanyi bername Ariq Azhafi aka Timeboy? Apa yang istimewa tentang Ariq dimata masyarakat yang perlu diambil kira dan diberi peluang terutama dalam bidang muzik? Ikuti perkongsian dari KP kali ini.
Informasi tentang Ariq Azhafi
Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.
Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Selain daripada minat, Ariq inging membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik ini diantara sebab kenapa Ariq sanggup ke depan. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.
Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.
Lagu dan lirik “KITA”
Lagu dan lirik “KITA” ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. “KITA” menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, “KITA”merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.
Perkongsian harapan dari Ariq Azhafi :
” Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini. Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi. Teristimewa buat Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.
Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda… juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya. Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip “KITA”
Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!
Dan semoga diri ini di terima seadaNya… InsyaAllah..”