WELLSEN X DYNAS – APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bercerita tentang Dynas pasti ramai yang kenal dengan pelakon ini. Tetapi bila dapat tahu berkolaborasi bersama Wellsen, nak juga tahu apakah produknya!
WELLSEN X DYNAS
Kolaborasi bersama rupanya adalah produk shampoo dan penjagaan rambut. Oleh kerana keduanya memiliki nilai yang sama terhasillah produk ini.
Baca: persatuan suri rumah malaysia
Iaitu menyediakan kecantikan dan keyakinan melalui penjagaan rambut yang sihat dan rapi.
PRODUK WELLSEN X DYNAS
Special Edition by Dynas adalah set penjagaan rambut yg lengkap. Dalam setiap set mempunyai Cooling & Refreshing Shampoo 400ml, Hair Mask 100ml & Percuma Hair Serum 10ml
Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Shampoo akan membantu pertumbuhan rambut dan menyuburkan kulit kepala dengan sihat.
Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Hair Mask pula akan menukarkan rambut yang kering dan rosak kepada rambut yang lembut dan bersinar sepanjang hari.
Yang bestnya kesemua produk ini dikilangkan di Malaysia dan bukan di luar negara. Mengambil masa dalam setahun lebih untuk Research and Development sebelum dipasarkan.
BAHAN AQUAXYL™
Kedua-dua produk rambut ini menggunakan bahan seperti AQUAXYL™ . Antara fungsinya adalah memberikan penghidratan sehingga 48 jam,.
Mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala kita daripada kering.
Selain itu Chamomile semulajadi menjadikan kulit kepala berasa sejuk dan nyaman dan minyak essential pudina pula memulihkan folikel rambut.
Kesemua formula yang digunakan hanyalah terdiri daripada produk VEGAN dan ianya bebas silikon, paraben, haruman wangi dan SLES/SLS.
Pentingnya tiada produk haiwan yang digunakan sebagai usaha Wellsen dalam melindungi haiwan, alam sekitar dan masyarakat.
SESUAI UNTUK SIAPA
Produk penjagaan rambut Wellsen x Dynas sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah rambut. Termasuklah keguguran rambut, kulit kepala sensitif atau Hijabis yang mempunyai masalah kulit kepala.
Golongan yang berkerjaya mahupun surirumah yang sibuk pasti akan merasai kecantikan dan keyakinan dalam kehidupan mereka selepas menggunakan produk ini.
Bagaimana pula dengan harga? Untuk promosi sempena pelancara, set ini dijual pada RM88 dan jika harga asal RM 148
Majlis Pelancaran Produk Baru Wellsen x Dynas diadakan pada 14 Februari – yang juga merupakan tarikh pelancaraan Wellsen yang pertama, semasa Hari Valentine 1993.
DAPATKAN DI
Produk Wellsen x Dynas boleh didapatkan secara dalam talian di Wellsen Lazamall (Lazada), Wellsen Shopee Mall, Tiktok – @dynasmokhtar & @wellsen, dan laman rasmi WeGlobe