WELCOME TO WAIKIKI JENGAH PENONTON TV2, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menggantikan drama bersiri Korea ‘Terrius Behind Me’ yang bakal berakhir tayangan pada 20 Julai nanti.

WELCOME TO WAIKIKI

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan pula siri bertajuk Welcome To Waikiki” mulai 21 Julai ini, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2. 

Drama bersiri 20 episod ini arahan Lee Chang-min ini menampilkan watak utama oleh Kim Jung-hyun, Lee-Yi-kyung dan Son Seung-won.

SINOPSIS

Dalam drama bersiri dengan tajuk Korea, Eulachacha Waikiki, penonton dibawa bersantai dengan kisah persahabatan tiga orang lelaki.

Bersama-sama menguruskan sebuah rumah tumpangan di kawasan Itaewon, Korea Selatan. Rumah penginapan itu sebenarnya di ambang muflis.

Tetapi tiba-tiba pada suatu pagi mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi misteri yang ditinggalkan di rumah penginapan mereka.

Walaupun panik, mereka mengambil keputusan untuk menjaga bayi itu. Ketiga-tiga lelaki sebenarnya memiliki impian mereka sendiri.

KANG DONG GOO

Pemuda pertama iaitu Kang Dong Goo (lakonan Kim Jung Hyun), dia mempunyai impian untuk menjadi pengarah filem. 

CHUN JOON KI

Kemudian ada pula Chun Joon Ki (lakonan Lee Yi Kyung), seorang lelaki yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menjadi pelakon.

Sehingga kini hanya memegang watak kecil dan kurang dikenali. 

BONG DOO SIK

Akhir sekali watak utama bernama Bong Doo Sik (lakonan Son Seung Won) yang datang ke Seoul untuk menjadi penulis skrip.

Walaupun sedar tidak mudah baginya untuk mendapatkan peluang menjadi penulis skrip sebenar.

Namun, takdir mereka berubah secara drastik selepas ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menjaga bayi tersebut.

Malangnya tiba-tiba bayi tersebut diculik dan membuatkan Yoon Ah (lakonan Jung In Sun), seorang wanita gelandangan tinggal di rumah penginapan Waikiki.

Lalu apakah kesudahannya di sebalik kejadian itu? Mampukah mereka bersama mengejar cita yang diimpikan?

Apakah rahsia tersembunyi kehadiran bayi tersebut dalam hidup mereka? Ikuti kesudahannya di TV2.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge