WD-40 Lantik Bun Seng Hardware Sdn Bhd Sebagai Pengedar Pemasaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WD-40 Lantik Bun Seng Hardware Sdn Bhd Sebagai Pengedar Pemasaran  |Produk Pelbagai-Guna WD-40®, produk jenama Amerika Syarikat yang semakin dikenali dan dipercayai di dunia pada masa kini telah bersedia untuk menembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia.

Sebagai sebahagian perancangan peluasannya, Bun Seng Hardware Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi syarikat WD-40. Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40®termasuk:

  • Produk Pelbagai Guna WD-40®
  • Specialist WD-40®
  • Bike WD-40®

“Dengan rangkaian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn Bhd yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40® bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbang kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40® memasuki rantau Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini,”

-Pengarah Serantau Syarikat WD-40 –Asia, Mr Marcus Chen

“WD-40® adalah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah di banyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk di Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini. Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40® bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40.” –

-Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Sedikit informasi tentang Syarikat WD-40

Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.

Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari

Website WD-40 : www.wd40.asia

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge