Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WADIRA – Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA | Pastinya sesuatu yang baru buat KP dan mungkin juga pembaca KP disini. Apakah maksud ,fungsinya dan diuruskan oleh pihak mana? Swasta atau kerajaan Alhamdulilah di beri kesempatan bersama rakan yang lain untuk hadir di salah satu majlis Konvensyen Perdana WADIRA 2018. Bukan itu sahaja dengan adanya Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed dan Dato Ida Suraya dapatlah KP memahami sedikit sebanyak tentang Pelan Transformasi

Sedikit informasi tentang WADIRA

Ianya adalah singakatan bagi Pertubuhan Wanita Dinamis Felcra . Semestinya ia memokuskan kepada wanita wanita yang berada di luar sana. Tertubuh sejak 1079 di Felcra untuk mewujudkan wanita yang terkini seiring dengan trend mengikut masa terkini. Inginkan wanita zaman kini untuk lebih berpengetahuan, maju ke hadapan dengan lebih aktif dan progresif. Ini secara tidak langsung dapat meningkat taraf ekonomi dalam keluarga dan juga memartabatkan wanita di mata dunia

Konvensyen Perdana Wadira 2018 

Memetik ucapan dari Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sewaktu majlis pelancaran

 “Setiap WADIRA perlu mengambil peluang yang ada bagi memperkasakan kemahiran peribadi bagi menjadi seorang pemimpin yang baik. Pengurusan emosi dan psikologi juga penting bagi seorang wanita untuk terus berjaya sebagai seorang pemimpin yang hebat bagi sesebuah institusi. “WADIRA - Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA

Dalam majlis yang sama, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah di pilih sebagai lkon lnspirasi Wadira FELCRA atas sumbangannya dalam pembangunan sosio ekonomi wanita dan kanak-kanak terutamanya menerusi kejayaan Program Permata Negara yang di cetuskannya. Anugerah di sampaikan oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA Berhad. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

WADIRA – Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA

Pelan transformasi telah di rangka dan dilancarkan bagi memantapkan pengurusan insitusi menjelang tahun 2022. Pelan transformasi berkenaan  menggariskan 10 pelan transformasi utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan meliputi aspek-aspek  seperti Pengurusan, Kesihatan, Pendidikan Kanak-kanak, Keusahawanan. Keahlian, Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal Insan.

Dikatakan rancangan ini telah memperuntukkan sebanyak RM830,000.00 dari pihak FELCRA Berhad buat setiap ahli yang terlibat. Insyallah ia dapat di di manfaatkan oleh 17,562 ahli dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.WADIRA - Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA

“Dengan pelan transformasi tersebut diharap  ahli-ahli WADIRA  akan lebih jelas dengan hala  tuju kepimpinan Felcra, kepimpinan negara dan lebih tahu tentang isu isu semasa dan tidak mudah menerima cerita atau berita yang tidak jelas dan berunsur negative,”

Menurutnya, WADIRA adalah lambang kejayaan pembangunan wanita Felcra yang legasinya akan berterusan selaras dengan kejayaan dan pembangunan ekonomi negara. Sebagai Ketua Pengarah Seranta sudah tentu tanggungjawab dipikul seorang intelek muda negara seperti Dr. Najmil untuk melihat WADIRA terus mengorak maju menjadi keutamaannya.

“Kemajuan arus ekonomi perlu bergerak seiring dengan memastikan ia terus dinamik dalam memperju­angkan kepen­ti­ngan wanita Felcra. Felcra memperuntukan bantuan pengubahsuaian bangunan dan pusat aktiviti ekonomi tidak lebih daripada RM15,000 selain menganjurkan kursus, latihan dan bengkel dalam usaha meningkatkan penge­tahuan setiap ahli yang terbabit,”WADIRA - Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA

kata Dr. Najmil yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Akhir kata, Dr Najmil Faiz  berharap Wadira  akan lebih dikenali dimata masyarakat dan lebih mantap sebagai pengerak dan penjana ekonomi diperingkat luar bandar hingga ke bandar mahupun seluruh Malaysia dan Antarabanbangsa.

Credit pic: CC Kak Fas Online



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge