URBAN METHOD MASIH BELUM TERKUBUR KINI KEMBALI THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda pada Urban Method? Atau ingat-ingat lupa? Ingat pada lagu duet yang diberi nafas baharu, Wajah Rahsia Hati bersama Kak Ogy Ahmad Daud.
URBAN METHOD
Kumpulan Hip-Hop Urban Method mengejutkan peminat dengan membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato.
Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan selepas sekian menyepi. Malah intipatinya juga menceritakan kenangan manis 5 sahabat bersama.
Urban Method dianggotai Mahadhir Bin Mohd Ismail,39,Mohd Munawir Bin Anuar,40,Hazairi Basha Bin Jamel Basha,39, Muneer Khan Bin Nazir,37 dan Ahmad Sayuti bin Ibrahim, 39.
DOMO ARIGATO
‘Domo Arigato’ yang bermaksud terima kasih didedikasikan sebagai sebuah penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method. Sentiasa menyokong mereka sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini.
Menurut mereka, idea untuk membuat kemunculan semula ini tercetus setelah ramai peminat meminta untuk mereka kembali selain mendapat sokongan daripada rakan-rakan seangkatan.
Maka hari ini, impian tersebut akhirnya terlaksana dengan ‘Domo Arigato’ yang mencipta kenangannya tersendiri.
Istimewanya juga, lagu ini telah mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer Damian Mikhael, Alzy serta Urban Method sendiri yang turut mencipta liriknya.
KENAPA DOMO ARIGATO
“Lagu ini menceritakan mengenai reunion kami yang telah berkawan baik selama 16 tahun. Domo Arigato bukan sahaja tentang kemunculan semula Urban Method. Malah ia juga mengimbau kembali tali persahabatan kami dan juga penghargaan buat peminat
“Terima kasih, thank you mungkin dah biasa. Jadi kami memilih Domo Arigato untuk menunjukkan kelainan yang ditampilkan kali ini dan juga ekspresikan penghargaan kami buat semua”
-kata Mahadhir
Proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama tiga hari telah dilakukan di Studio 360 Music Productions dan muzik pula diarahkan oleh Kamal Ridzuan.
“Tidak lengkap sekiranya Domo Arigato dilancarkan tanpa muzik video. Di sebalik pembikinannya yang diarahkan oleh Kamal Ridzuan, ia hanya mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan.
Cuma penerbitannya telah tertunda untuk beberapa ketika berikutan pandemik yang melanda negara”
-kata Munawir pula.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa dihentikan, malah ada diantara mereka yang mempunyai pekerjaan sendiri turut terjejas. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk membuat persiapan kemunculan semula.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada setiap ahli kumpulan sendiri. Walaupun kami dah lama berjauhan, ada pekerjaan dan keluarga sendiri namun kami punya hubungan seperti adik-beradik itu masih utuh.
“Masing-masing saling memberi sokongan dan kekuatan persahabatan kami itulah membuatkan terjadinya kemunculan semula ini” tambah Hazairi
VIDEO MUZIK
Dalam pada itu, Urban Method akui terkejut dengan perubahan di dalam industri muzik tanah air. Jika dahulu, segala-galanya ditentukan menerusi penghasilan album namun kini ia berubah seiring dengan kemajuan teknologi.
“Untuk kekal dalam industri bukannya mudah apatah lagi jika dinilai dari segi populariti yang sedia maklum ada naik dan turunnya.
“Kami pun perlu mengikut peredaran masa dan kehendak para pendengar. Jadi kami bersedia sekiranya ada penyanyi-penyanyi yang sudi berkolaborasi dengan Urban Method kelak” kata Muneer
Biarpun begitu, mereka bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan seperti Damian Mikhail, Nico G dan Altimet. Mereka banyak memberikan sokongan kepada mereka khususnya bagi kemunculan semula ini.
“Kami masih lagi akan kekal dengan konsep hip-hop R&B kerana itulah identiti Urban Method sebelum ini. Bermula dari ‘underground’ sehingga berjaya masuk ‘mainstream’.
Segalanya tidak akan terjadi tanpa sokongan dari peminat dan rakan-rakan.
“Di kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada Nico G, Damian Mikhail dan Altimet. Banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar buat Urban Method muncul kembali ke persada seni tanah air”
-kata Sayuti
Di kesempatan itu, kami meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak media yang memberi sokongan penuh kepada mereka.
Tidak dilupakan, rakan penaja terdiri daripada Kopi Kawan-Kawan, ,Rlmenswear, Ibuanis dan Eartheories yang turut meraikan mereka pada hari ini. Layari