UNEEDIS MultiPlus Nature’s Superfood Dan Minyak Terapi MCT. Ini antara produk terbaru yang dapat membantu dan menawarkan manfaat Kesihatan Holistik buat mereka yang memerlukan

Siapa saja yang tidak ingin sihat selalu? Tapi tahukah dimana sekarang semakin hari semakin mahal untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang terbaik. Jika ada rawatan mahupun penyelesaian alternatif yang dapat membantu tidak Salah mencuba untuk mengekalkan kesihatan.

UNEEDIS MULTIPLUS NATURE’S SUPERFOOD

Pelancaran produk berjenama UNEEDIS serta H365 di Concorde Hotel Kuala Lumpur pada 27 Julai 2024 baru-baru ini oleh LifeChanger. Ianya disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Suleiman, Dr. Redza Rahman dan Dr. Yu.  Turut bersama adalah Dr. Ismail Tambi (pakar kesihatan lelaki), Datuk Cheah Soon Kit (pemenang piala Thomas).

Memahami akan kepentingan itu, jenama kesihatan UNEEDIS, baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk terbaharu.

Bakal merevolusikan kesihatan dan kesejahteraan hidup terdiri dari MultiPlus Nature’s Superfood dan MCT Teraphy Oil yang bertujuan untuk memberikan pengguna pilihan terbaik untuk mengekalkan keperluan kesihatan harian mereka.

DARIPADA BAHAN SEMULA JADI

Produk ini mempunyai kandungan nutrien yang berkualiti tinggi, mana taknya dipilih dengan teliti dari yang terbaik. Selain itu, produk pemakanan kesihatan ini lengkap dengan kajian klinikal dikatakan dapat membantu bagi mempertingkat mutu kesihatan

MCT TERAPHY OIL

Sementara itu, MCT Teraphy Oil dihasilkan dari minyak pati murni bunga Ros Geranium yang diperkaya dengan nutrien seimbang yang bermanfaat dalam merawat masalah jerawat, serta dermatitis dan lain-lain.

Produk pemakanan kesihatan ini lengkap dengan kajian klinikal di mana ia dapat membantu bagi mempertingkat mutu kesihatan.  LifeChanger yakin pengguna akan berpuas hati dan semoga sasaran mengembangkan produk ini ke seluruh negara dan di negara luar tercapai.  

SIAPA DR. REDZA RAHMAN?

Dr. Redza Rahman, saintis genomik Malaysia yang memenangi 12 anugerah sains antarabangsa mengetuai penyelidikan mengenai komponen produk UNEEDIS MultiPlus dan Therapy Oil.

Berkongsi bahawa pasukan saintis yang bekerjasama dengannya telah menemui beberapa bahan bioaktif unik melalui kajian praklinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Bahan-bahan ini, seperti Posbiotik, Monolaurin, Asid Laurik, MCT, antara lain, telah menunjukkan potensi dalam meningkatkan kesihatan manusia dengan menyokong anti-penuaan, peningkatan sistem imun, kesan anti-radang, penyediaan tenaga, dan faedah untuk kesihatan kulit dan ekzema.

BAGI EN ZELMEY PULA

Menurut En. Zelmey, data klinikal hasil dari kajian dan pembangunan yang dijalankan menyokong manfaat produk ini dalam mengurangkan keradangan, meningkatkan sistem imun, dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Teknologi dan formula unik produk ini memastikan penyerapan maksimum, dengan kemasukan postbiotik dan Asid Laurik, komponen yang biasanya hanya terdapat dalam susu ibu. Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan secara holistik.

-kongsi En. Zelmey Yusof, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

KONGSI DR. LIANG-GANG YU

“Selepas melakukan pembedahan di kawasan rahang muka, saya menyediakan Therapy Oil untuk disapu secara luaran, manakala Multiplus pula diberikan kepada pesakit bagi mengurangkan retensi cecair. Beliau menggunakan “teknologi Ai” bagi membedah rahang muka.

“Jika Minyak Terapi tidak digunakan, pemulihan biasanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu, tetapi saya perhatikan pesakit mula menunjukkan kesan positif dalam masa 7 hari sahaja,”

UNEEDIS

-jelas Pakar Pembedahan Plastik No 3 di dunia yang berasal dari China,Dr. Liang-gang Yu. Kini berkhidmat di Hospital Shanghai Tiantanpuha.

Dr. Yu kini dalam pelan untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pengeluaran teknologi di Malaysia. Teknologi ciptaan beliau akan dieksport ke seluruh dunia dari Malaysia, menjadikan negara ini hab bagi teknologi pembedahan plastik termaju di peringkat global.

UNEEDIS

LIFECHANGER

LifeChanger merupakan sebuah jenama platform perniagaan dan membeli-belah di atas talian yang dimiliki oleh syarikat LC International Group Sdn Bhd. Baru-baru ini mengadakan forum “Wellness Economy – Trends & Opportunities”.

LifeChanger kini telah pun menerima permintaan dari negara Taiwan, China, Indonesia, India dan Afrika Selatan.  Rakan-rakan niaga daripada negara tersebut juga turut hadir pada “Forum Wellness Economy” tersebut. Menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas.

APLIKASI LIFECHANGER

Sebelum 15 Ogos ini aplikasi telefon pintar “LifeChanger” akan dilancarkan bagi kemudahan pelanggan membuat pesanan di atas talian.  Setiap pelanggan yang muat turun aplikasi LifeChanger ditawarkan diskaun sehingga sehingga 55% .

Mereka boleh kongsikan kod QR kepada pelanggan lain bagi tujuan yang sama.  Setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan menerusi aplikasi LifeChanger, pemunya kod QR akan menerima ganjaran wang tunai. 

LifeChanger dicipta untuk kepuasan pelanggan terhadap produk dan platfom jana pendapatan di aplikasi telefon pintar

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge