Carlo Rino rasmi melantik Tracie Sinidol sebagai duta jenama baharu. Kolaborasi ini tampil dengan inspirasi fesyen moden, youthful dan gaya hidup wanita masa kini yang lebih yakin serta stylish.
CARLO RINO
Jenama fesyen dan gaya hidup terkenal, Carlo Rino secara rasmi mengumumkan pelantikan pelakon dan personaliti popular Malaysia, Tracie Sinidol sebagai duta rasmi jenama tersebut, sekali gus membuka lembaran baharu buat Carlo Rino dalam memperkukuh hubungan dengan generasi wanita moden masa kini.

SIAPA SELEBRITI PILIHAN?
Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik Carlo Rino dalam mendekati golongan wanita muda yang mementingkan gaya, keyakinan diri dan ekspresi personaliti menerusi fesyen harian. Dikenali dengan karakter ceria, relatable serta pengaruhnya yang semakin berkembang dalam industri hiburan tempatan, Tracie dilihat cukup sinonim dengan identiti Carlo Rino yang youthful, fashionable dan feminin moden.
DUTA RASMI – TRACIE SINIDOL
Sebagai duta rasmi jenama, Tracie bakal mewakili pelbagai kategori gaya hidup Carlo Rino termasuk beg tangan, kasut, wangian, aksesori dan produk penjagaan diri. Kolaborasi ini juga dijangka membawa lebih banyak inspirasi fesyen santai moden yang dekat dengan gaya hidup wanita Malaysia hari ini.

Menurut Pengarah Urusan Carlo Rino, Dato’ Sri Chiang Fong Yee, Tracie memiliki aura yang tepat untuk mewakili imej wanita Carlo Rino masa kini.
AURA DAN IMEJ WANITA TERKINI
“Tracie melambangkan wanita Carlo Rino moden dengan cukup sempurna. Dia yakin, bergaya, trendy dan memiliki personaliti yang menyerlah. Pengaruhnya yang semakin berkembang serta hubungan autentik bersama generasi muda menjadikan beliau pilihan semula jadi untuk jenama kami,” katanya.

Kerjasama ini turut mengangkat mesej keyakinan wanita untuk mengekspresikan diri melalui pilihan fesyen yang versatile dan sesuai dipakai dalam rutin harian. Carlo Rino juga mahu terus dikenali sebagai jenama approachable luxury yang dekat dengan citarasa wanita muda urban.
DEKAT DENGAN PERSONALITINYA
Sementara itu, Tracie Sinidol mengakui beliau teruja menjadi sebahagian daripada keluarga Carlo Rino kerana jenama itu sangat dekat dengan personalitinya.

“Saya suka bagaimana Carlo Rino memberi ruang kepada wanita untuk tampil yakin sambil berseronok dengan fesyen. Rekaan mereka sangat youthful, versatile dan relatable dengan gaya hidup harian saya. Sebab itu kolaborasi ini terasa sangat natural dan saya tak sabar untuk berkongsi lebih banyak inspirasi fesyen bersama Carlo Rino,” katanya.
SISI VERSATIL & KARISMA TRACIE SINIDOL
Nama Tracie Sinidol sendiri semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan menerusi bakat lakonan dan personalitinya yang disenangi ramai. Beliau turut mencuri perhatian menerusi penampilannya dalam filem Malaikat Malam yang memperlihatkan sisi versatil dan karisma beliau di layar perak.

Dengan populariti yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda, pelantikan Tracie dijangka mampu memperkukuhkan lagi kedudukan Carlo Rino dalam industri fesyen dan gaya hidup tempatan, khususnya dalam kalangan wanita moden yang mahukan gabungan elemen stylish, trendy dan praktikal dalam kehidupan seharian.

Melalui kolaborasi ini juga, Carlo Rino terus komited memperkasakan wanita menerusi keyakinan diri dan ekspresi personaliti unik masing-masing. Para peminat boleh menantikan lebih banyak kempen fesyen menarik, inspirasi gaya hidup moden dan koleksi trendy daripada Carlo Rino bersama Tracie Sinidol dalam masa terdekat.
