Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tombiruo – Penunggu Rimba Bakal Beraksi Di Layar Perak Mulai 12 Okt 17 | Filem adaptasi karya novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid di layar perak. Filem Tombiruo bakal menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 12 Oktober 2017.Filem Tombiruo ini turut mendapat tajaan daripada Lembaga Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board), Cycle & Carriage dan syarikat kosmetik jenama MAC. Manakala, Alaf 21 di bawah naungan Grup Buku Karangkraf tampil selaku penerbit novel Tombiruo.
Filem ini akan berada di pawangan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pasti memberi cabaran buat pihak pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Tambahan pula ini merupakan julung kalinya melibatkan kerjasama dari empat penerbit, Astro Shaw, Ideate Media dan Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.
Filem yang telah menelan belanja sebanyak RM6 juta untuk kos produksi serta mendapat bantuan dana daripada pihak FINAS, Content Malaysia Pitching Center Production Grand Finas ini telah mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi laitu Seth Larney. Meskipun nama beliau masih baru dalam industri perfileman tanah air, namun pengalaman beliau dalam dunia penggambaran tidak dapat disangkal. Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam filem seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader. Mengukuhkan lagi penghasilan filem ini, Nasir Jani dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Bersekutu yang memberi tumpuan kepada mutu lakonan barisan pelakon dan menjaga sentimen tempatan serta memastikan skrip dapat diterjemah ke visual dengan sempurna
Sementara itu, skrip filem Tombiruo pula dihasilikan oleh gabungan kerjasama Yasmin Yaacob dan Choong Chi-Ren dan input kreatif dari Ramlee Awang Murshid. Ringkasnya, skrip dicipta untuk setiap watak bagi menjelaskan tema filem. Lantas, bintang -bintang terkemuka tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan telah memikul tanggungjawab untuk menggerakkan watak-watak yang dilhamkan.
Eksekutif Produser Layar Sunan dan Penulis novel Tombirua: Penunggu Rimba, Ramlee Awang Murshid memberitahu bahawa,
“Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1998. Pada 2008 plhak Lavar Sunan memutuskan untuk menjadi naskah ini menjadi sebuah filem dengan permulaan usaha mencari dana bukan sedikit untuk mengangkat novel ini sebagai sebuah filem. .
Alhamdulilah, pada tahun 2017, Cuma tidak keseluruhan naskah ini dimuatkan dalam filem memandangkan perbezaan filem agak terhad. Manakala novel merupakan sebuah empayar vang luas, yang puas dijelajahi oleh para pembaca. Bagaimana pun teras naskah tersebut masih medium. Disamping itu, durasi sesebuah dipertahankan dengan beberapa penambahan fiksyen.
Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata filem ini sesuai ditonton oleh semua genap lapisan penonton kerana ia menekankan elemen yang berteraskan kekuatan hubungan kekeluargaan, permainan emosi dan pengorbanan yang pasti mampu menggolak hati penonton.
“Kami berharap karya yang berkualiti setaraf dengan produksi antarabangsa ini dapat diterima oleh penonton kerana novel Tombiruo: Penunggu Rimba itu sendiri merupakan sebuah karya yang hebat serta membawa pemikiran besar dan subteks atau wacana yang melampaui ceritanya. Malah, saya bersama semua pihak yang terlibat dalam filem ini juga telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha untuk menjayakan serta membawa karya ini di tahap yang lebih tinggi. Jadi, kami turut mengharapkan usaha ini mampu membangkitkan lagi penerimaan penonton terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.”
Sinopsis Filem
Ejlm digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagal penunggu rimba Lelaki yang sentiasa bertopeng inl disisihkan aleh penduduk kerana memliliki wajah bukan manusia Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kermarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya
Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing masing Pemikiran begitu, filem ini masih mengekalkan idea dan jalan cerita asal yang digarap dalam novel. Di samping itu, bagi memberikan mood kepada keseluruhan perjalanan cerita, lagu tema yang bersesualan juga memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sesebuah karya yang dilahirkan terutamanya di saat peralihan babak-babak penting. Menyedari akan hakikat tersebut, sebuah lagu runut bunyi dihasilkan khas untuk Tombiruo. Lagu berjudul Ribut Hati ini dinyanyikan oleh penyanyi muda berbakat besar, Aina Abdul dan lirik oleh Raymund Wee, Komposer oleh Gabriel Lynch, Penerbit oleh Paul Morrison serta disokong dengan Orkestra oleh Jon Brooks
Novel Tombiruo: Penunggu Rimba terbitan Grup Buku Karangkraf telah diterbitkan pada tahun 1998 dan atas permintaan tinggi dari pembaca, karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Malah, terbaru khas buat peminat, novel ini diterbitan sekali lagi eksklusif sempena filem. Istimewanya, cetakan kali ini diselitkan dengan gambar dari babak-babak dalam filem.
OST Filem Tombiruo
Untukmaklumat lanjut tentang promosi filem ini boleh layari
Website Tombiruo : www.tombiruomovie.com
Facebook : https://www.facebook.com/TombiruoMovie/