Pasti ramai yang ingin travel atau melancong untuk melihat negara luar bukan? Tapi kenapa setiap kali check harga tiket penerbangan a.k.a flight memanjang mahal. Bagaimana nak dapatkan tiket flight murah, ini tips beli tiket flight murah untuk anda!
TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH
1. BUAT TEMPAHAN SELASA DAN RABU
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.
Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. TEMPAH 21 HARI AWAL
Berdasarkan perkongsian rata-rata bersetuju dimana tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh ingin terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.
Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.
Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke London.
3. HARI KURANG SIBUK
Cuba tempah tiket untuk penerbangan pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.
Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. BEST DEAL PENERBANGAN ANTARABANGSA?
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. KENAPA PERLU PILIH LAPANGAN TERBANG KECIL?
Cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow.
Jadi, jangan turun di heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. WAJIB BUANG ‘COOKIES’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Disyorkan untuk buang ‘cookies’ pada komputer riba, telefon pintar dan pc sekiranya pernah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan andaikan yang laman web sudah dilihat berulang kali.
Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun keluar masuk semula laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, amalkan tabiat padam cookies pada internet browser ye!
7. BANDING HARGA
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang di mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Pasti akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut merupakan search engine yang disyorkan untuk travel:
Skyscanner, CheapFlight, Momondo, Kayak ,Google Flight dan juga Ita Software.
Cuba jangan tak cuba ye!
Kredit: Trip Kashmir Abby Hassan