π The Mines Tampil Lebih Segar! Jaya Grocer Rasmi Jadi Penyewa Utama Baharu, Perkukuh Status Destinasi Gaya Hidup Lembah Klang
THE MINES
The Mines Shopping Mall mengumumkan pelantikan Jaya Grocer sebagai penyewa utama (anchor tenant) baharu, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup pilihan di Lembah Klang.

JAYA GROCER
Menariknya, ini merupakan cawangan pertama Jaya Grocer dalam portfolio CapitaLand Investment di Malaysia β satu pencapaian penting dalam strategi transformasi The Mines bagi mempertingkatkan campuran runcit dan pengalaman pengunjung.
Majlis menandatangani perjanjian berlangsung unik di Mines Cruise, berlatarbelakangkan terusan sepanjang 85 meter berinspirasikan Venetian yang menjadi identiti ikonik pusat beli-belah ini.

Menurut Selina Ng, Pengarah Urusan Runcit CapitaLand Investment (Malaysia), kehadiran Jaya Grocer melengkapi visi The Mines sebagai ruang komuniti di mana keluarga boleh membeli-belah, menjamu selera dan meluangkan masa berkualiti bersama.
π¬ JAYA GROCER 29,000 KAKI PERSEGI
Cawangan baharu seluas lebih 29,000 kaki persegi ini bakal menawarkan barangan runcit berkualiti, hasil segar serta pilihan jenama tempatan dan antarabangsa. Ia direka sebagai destinasi sehenti buat keluarga dan pencinta kulinari yang mahukan pengalaman pasar raya premium dan selesa.

Pelantikan ini adalah sebahagian daripada pelan peremajaan 2026 The Mines yang memfokuskan pengukuhan kategori runcit teras, peluasan tawaran gaya hidup serta peningkatan keseluruhan pengalaman membeli-belah.
π’ TARIKAN BARU & F&B MAKIN MERIAH
Antara penambahan terkini termasuk taman tema dalaman Game On Theme Park, pusat hiburan keluarga Kin+Zo Land, serta operator sedia ada seperti TGV Cinemas. Segmen gaya hidup turut berkembang dengan kehadiran jenama seperti Q Pocket dan Oxygym Fitness.
Portfolio F&B juga diperkukuh dengan kemasukan Chagee, Auntea Jenny dan Luckin Coffee, melengkapi restoran popular seperti Nandoβs dan The Chicken Rice Shop.

Separuh kedua 2026 bakal menyaksikan pelaksanaan inisiatif penaiktarafan aset (AEI) bagi memodenkan fasiliti dan mengoptimumkan campuran penyewa, memastikan The Mines kekal relevan dan kompetitif.
Dengan langkah strategik ini, The Mines terus mengukuhkan reputasinya sebagai hab beli-belah, hiburan dan gaya hidup yang dinamik di Seri Kembangan
