TERUJA DIY BUDS ORGANICS SENDIRI, AWESOME!

TERUJA DIY BUDS ORGANICS SENDIRI, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak terlibat dalam mana-mana project DIY a.k.a Do It Yourself. Bila dapat peluang apa lagi pasti tidak ketinggalan.

DIY BUDS ORGANICS

Haa, dari nama Buds Organics pasti dah tahu produk apa kan? Jangan terkejut dimana produk ini boleh digunakan oleh orang dewasa juga bukan bayi atau kanak-kanak.

Sebenarnya KP baru saja selesai membuat ‘lawatan’ untuk melihat sendiri bagaimana produk dihasilkan dari mula hingga packaging.

Tiga produk iaitu handwash, handcream dan massage oil. Antara nie semua yang mana satu teruja buat KP. Jom usha

HAND CREAM

Sebelum buat hand cream mestilah ada base dia. Base adalah seperti dibawah

Botol yang disediakan di isi penuh dengan base. Belum letak apa apa pun dah bau wangi. Bahan-bahan yang digunakan semuanya semulajadi.

Dah penuh kan, jom kite ke langkah seterusnya.

Pilih bau minyak yang suka. Ada 10 nie pun dah tak tahu nak pilih apatah lagi kalau ada yang lain.

Untuk hand cream, pilihan adalah Eucalyuptus Oil. Bau tak kuat tetapi menyegarkan. Ada ala-ala mint sikit.

Titis dalam 10-12 kedalam botol dan kacau hingga tidak kelihatan minyak di permukaan.

Dah isi jangan lupa label, takut terlupa pi guna untuk lain pula. hahaha.

MASSAGE OIL

Yang ini agak mencabar kerana kena pilih 2 dari 6 minyak yang ada. Ada Jojoba oil, Sunflower Oil dan Sesame Oil.

Ada juga Sweet Almond Oil, Virgin Olive Oil dan Virgin Coconut Oil. Rambang matakan sebab tak tahu nak pilih yang mana.

Nasib baik ada team dari Buds Organic yang bantu, kalau tak dah kejung kat situ jap. Ada karang campur semua nanti.

Pilihan pertama adalah Sunflower Oil. Ada vitamin E dan sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit sensitive.

Dan yang kedua adalah Jojoba Oil. Membantu untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit.

Dah siap, seisi pilihan minyak untuk dicampurkan. Kali ini buat massage oil jadi kenalah pilih minyak yang bersesuaian.

Organic Orange Oil pilihan KP kali ini. Suka dengan bau oren yang segar dan selesa. Kalau ada lemongrass memang dah ambil. Yang lavender ok tapi rasa cam kuat bau dia.

Masukkan dalam 10 titis dan kacau, siap transfer dalam botol dan dah boleh guna. Tips guna sikit sikit tau.

HAND WASH BASE

Sama juga dengan hand cream, kena isikan hand wash base. Dari situ pilih sekali lagi minyak yang nak dimasukkan dalam hand wash nanti.

macam mana pun bau lain ada, orange juga pilihan KP. Mungkin dari mula dah tertarik dengan bau nie, bau lain cam tak ngam.

Dah masuk jangan lupa kacaukan bagi sebati. Nanti masa guna nak cuci tangan tak bau pula. Balik terus guna.

Terima kasih untuk Buds Organics team sebab kasi peluang untuk buat sendiri – DIY bukan satu tapi 3 produk.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge