Telemovie Usung Putih -Pencarian Ayah Kandung Oleh Syafie Naswip-TV1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Telemovie Usung Putih -Pencarian Ayah Kandung Oleh Syafie Naswip-TV1 |Siapa yang dapat menidakkan kemampuan pelakon Syafie Naswip membawakan watak yang diberikan kepadanya. Penghayatan yang diberikan dalam setiap watak yang dihidupkannya sememangnya mampu memberikan impak kepada penonton. Baginya sebagai pelakon perlu belajar semua genre lakonan dan bukan hanya tertumpu kepada watak berat semata-mata.

Terbaharu pelakon yang dicungkil bakatnya oleh pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad ini menggalas tugas watak utama sebagai seorang abang yang berjuang dan berkorban menjaga adiknya yang cacat dalam telemovie bertajuk “Usung Putih” arahan Albakri Harith disiarkan pada 23 September ini, pukul 3.05 petang mengisi slot Panggung 1 di TV1.  Sama-sama hayati perjalanan watak Ayie, seorang abang yang setiap hari pergi bekerja bahagian perbandaran pembersihan bandar (menyapu, membersihkan jalan dan sekitaran bandar) akan membawa adiknya seorang gadis yang cacat anggota kaki dan lemah akal di atas kereta usung kecil yang dicat putih, beroda empat ke mana saja dia pergi dan mereka mengenal tentang erti ihsan dan kasih sayang keluarga tidak mungkin diputuskan walau sebesar manapun dugaannya, kerana Tuhan itu ada.Telemovie Usung Putih -Pencarian Ayah Kandung Oleh Syafie Naswip-TV1

Telemovie Usung Putih

Episod duka dua beradik ini diterjemahkan dalam telemovie dihasilkan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim yang menyelami di sebalik lara hati watak utama Ayie dan adiknya Aina dalam menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan bersama. Turut dibintangi oleh Qiestina Hazali, Azza Suaymi, Zul Handy Black dan Ramasundram, ia berkongsi kisah berlaku setelah ibunya meninggal dunia, Ayie mengambil tanggungjawab menjaga adiknya Aina. Mereka tinggal di rumah peninggalan ibunya dan Ayie bekerja sebagai tukang sapu untuk menyara mereka berdua. Aina ialah seorang budak yang pandai dan juga rajin membantu menambah pendapatan abangnya dengan menjual nasi lemak.Telemovie Usung Putih -Pencarian Ayah Kandung Oleh Syafie Naswip-TV1

Mereka berjiran dengan Abang Zul dan Kak Azza yang juga banyak membantu mereka berdua. Mereka sebenarnya masih mempunyai ayah tetapi telah lama menghilang. Pada suatu hari Aina telah dilanggar lari oleh sebuah kereta dan dia mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak itu emosi Aina menjadi tidak stabil dan dia bertukar dari seorang yang periang kepada pendiam. Ayie membawa Aina ke tempat kerjanya setiap hari dengan memasukkan Aina ke dalam usung putih dan menariknya. Aina tidak mahu mengikut Ayie lagi setelah mereka berdua hampir dilanggar semasa pulang dari kerja.

Selepas itu Ayie terpaksa meninggalkan Aina sendirian di rumah. Balik dari kerja Ayie mendapati Aina hilang dan kesan rumah dipecah masuk. Ayie membuat laporan polis dan berusaha mencari Aina. Dia terus berdoa semoga Aina dipertemukan dan dinasihatkan supaya pasrah atas apa yang berlaku. Semasa keluar dari masjid Aina menyapa Ayie dan rupanya Aina telah dibawa oleh ayah mereka sendiri.

Sebenarnya Ayie dan Aina telah lama dicari oleh ayah mereka dan Suhaila atau Su adalah emak tiri mereka yang telah melanggar Aina yang juga mencari mangsa langgarnya. Namun masihkan ada ruang di hati kedua beradik ini untuk menerima kehadiran ayah dan sekaligus memaafkan kesalahan dilakukan ibu tiri mereka yang menyebabkan Aina lumpuh? Saksikan kesudahan telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.  

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge