Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MOVIE/TEATER
  • Swades Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri
Swades Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Swades Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Nannie IsaSeptember 18, 2017September 17, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Swades Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri | Setiap individu perlu memiliki nilai kecintaan yang tinggi terhadap negara sendiri. Justeru bertujuan menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara serta menanam sifat jati diri dan sayangkan negara dalam kalangan masyarakat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah semarak rasa cintakan negara terutama dalam ‘mood’ meraikan Hari Kebangsaan menerusi tayangan filem Swades pada 20 September ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Bollygood di TV2.Filem “Swades” Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Sinopsis Filem Swades

Filem Swades lakonan mantap aktor tersohor Shah Rukh Khan serta dibantu Gayatri Joshi, Kishori Balal, Rajesh Vivek, Lekh Tandon dan Daya Shankar Pandey, ia berkisah tentang seorang pemuda India, Mohandes yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat. Konflik terjadi ketika dia memutuskan untuk kembali ke India mencari wanita yang pernah mengasuhnya sejak kecil ketika ayah dan ibunya masih hidup. Baginya wanita itu adalah ibu kedua untuknya. Dia berniat untuk membawa wanita itu tinggal bersamanya di Amerika.Filem “Swades” Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Namun, kenyataan berbeza terjadi setibanya di India, dia menuju ke sebuah desa tempat dimana ibu angkatnya itu tinggal. Di kampung tersebut banyak hal dan pelajaran yang dia lalui. Dia melihat suatu keadaan yang terjadi di negaranya. Berbeza halnya di Amerika. Orang-orang di negaranya (India) merasa bangga dengan kebudayaan yang mereka miliki namun kurang memahami erti pendidikan dan kemajuan bagi generasinya. Kasta salah satu yang menjadi perkara ditonjolkan dalam filem ini. Selain itu sorotan terhadap kemiskinan di bahagian daerah di India menjadi sesuatu sangat menarik.

Mohan melakukan banyak perubahan di kampung itu. Tetapi, NASA memanggilnya kembali untuk menyelesaikan projek besar di Amerika iaitu berkaitan sebuah satelit.Mohan merasa berat meninggalkan India bukan hanya kerana disebabkan oleh Khavariamma (wanita tua yang sangat dirindukannya) yang memutuskan untuk tidak ikut bersamanya ke Amerika. Ia turut disebabkan hatinya telah terpaut pada seorang gadis cantik bernama Gita yang tinggal di situ. Gita merupakan seorang pengajar di sekolah yang ada di kampung tersebut.Filem “Swades” Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Setelah projeknya dengan NASA berhasil dia memutuskan untuk kembali ke India bukan hanya kerana kecintaannya pada Khavariamma, juga kecintaannya kepada gadis yang bernama Gita, tetapi ia lebih kerana kecintaannya kepada negaranya sendiri.

Mohan sanggup mengetepikan kemewahan dan kesenangan hidup juga kerjayanya yang sudah berada di kemuncak semata-mata mahu kembali berbakti kepada negaranya sendiri. Namun adakah tindakannya itu dipersetujui oleh orang-orang di sekelilingnya? Bagaimanakah cara dan pendekatan yang digunakannya untuk meyakinkan orang-orang kesayangannya bahawa pilihan untuk kembali ke negara sendiri itu sememangnya tepat?Filem “Swades” Lakonan Shah Rukh Khan Tentang Jati Diri Cintai Negara Sendiri

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton Filem Swades di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.    

 

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Amerika Syarikat, filem, NASA, radio televisyen Malaysia (RTM), Shah Rukh Khan, Swades

Post navigation

Previous: #MakanMakan Bersama Rakan Blogger di Citta Mall
Next: The 2018 IKEA Catalogue Is Here So Get Your Copy Now !!

Related Posts

K-VARIETY-

K-VARIETY- FIVE NEW LAUGH-OUT-LOUD SHOWS TO DEBUT IN AUGUST

August 7, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

JANGAN PANDANG BELAKANG 2 DI 14 BUAH NEGARA, BETUL KE?

September 27, 2024September 29, 2024 Nannie Isa

FILEM ‘GAYONG’ ANGKAT KISAH BENAR MAHAGURU SILAT !

September 20, 2024September 19, 2024 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}