TEATER DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat teater ini untuk anda, best ke tak kenalah turun sendiri dan tonton.

TEATER DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

Usaha bersama antara Persatuan Mencegah dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor dan rakan strategik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Juga Sajian Sejati Sdn Bhd, Resdongs Entertainment dan MyCreative Ventures. Ia adalah bahagian kedua rangkaian siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah.

DARI CHEROK TOK KUN KE GOMBAK

Sebelum ini, pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Gombak telah diadakan pada tahun 2019 dan dipertontonkan kepada lebih daripada 1,000 orang penonton.

Empat tahun selepas itu, tarikh 26 Mei 2023 dipilih untuk pementasan teater bahagian kedua ini di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

ARTIS YANG TERLIBAT

Bakal diarahkan oleh Lanun Resdongs dan dibarisi oleh Pelawak Lagenda Negara, Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegar Lawak musim pertama.

Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.

TEATER DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

ELLA PUN ADA?

Dahulu, menampilkan penampilan khas Azharina, Juara Gegar Vaganza 3. Tahun ini bakal digegarkan oleh Ratu Rock Malaysia, ELLA bersama suami tercinta, Kapten Azhar. Tidak lupa juga bersama kakak dan Pengurusnya,iaitu JOJIE.

JO BRANKO JOIN SEKALI?

Tak cukup lagi dipanaskan pula dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO, ex-Wings. Ia adalah penampilan pertama beliau di pentas teater.

PENAMPILAN ISTIMEWA ?

Selain itu, Selebriti Cef Malaysia iaitu Cef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program TV All TogetherNow Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa.

Dengan adanya pementasan sebegini diharapkan dapat menyampaikan mesej anti dadah kepada masyarakat di luar sana.

Dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari dan semakin membimbangkan.

TEMPAHAN TIKET

100 tiket telah pun ditempah oleh agensi-agensi tertentu dan baki tiket sebanyak 900 keping masih boleh dibeli secara atas talian.

 Bermula 15 Mac pada harga RM60 (Kategori 1), RM80 (Kategori 2) dan RM120 (VIP) di

Website| Whatsapp 017-7054996

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge