TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG, TERBAIK!

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG, TERBAIK!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih lagi diperkatakan tentang filem terbaru ini.

Untuk kali ini dibawakan istimewa. Tayangan Khas Coast Guard Malaysia buat warga DUN Pelabuhan Klang.

Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini adalah filem terbaru yang baru mula ditayangkan pada 2 Februari 2023.

Tayangan kali ini merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Ianya juga bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia.

Mereka berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang.

DUN PELABUHAN KLANG

Penglibatan masyarakat DUN Pelabuhan Klang dalam majlis ini juga diharap agar dapat memahami bidang kuasa Maritim Malaysia.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Sekali gus menaikkan semangat patriotism di kalangan warga tempatan dan pada masa sama.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Beliau berharap penganjuran tayangan khas itu dapat membantu syarikat produksi menarik lebih ramai orang awam menontonnya.

KERJASAMA

Merupakan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penerbit Flying Deal Sdn Bhd serta Arie Zarie Production.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA
TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Turut sama dihadiri oleh para barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana selaku teraju utama serta ramai lagi.

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Pasukan Khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga turut membuat demonstrasi operasi disamping persembahan khas pancaragam dari agensi tersebut.

KARYA ALLAHYARHAM PITT HANIF

Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF .

Yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah.

Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah  merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

LIKU CABARAN PASUKAN MARITIM

Penggambaran filem itu mengambil masa 55 hari bermula dari 3 Ogos hingga 24 Oktober 2019 .

TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA

Membabitkan lokasi penggambaran 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah serta di Pahang.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG”

Tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM).

Memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.

Berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim.

Ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya

CABAR KOMITMEN

Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM.

Lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Jom tonton di pawagam yang berdekatan, sama-sama sokong filem tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge