TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Hayati gabungan tradisi dan inovasi dalam sambutan meriah yang tiada tandingan di Taman Oriental Mekar Suria KLCC

TAMAN ORIENTAL MEKAR

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia melancarkan kempen Tahun Baru Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah dari 3 Januari hingga 9 Februari.

Dengan tema Taman Oriental Kontemporari, sambutan tahun ini menampilkan hiasan menakjubkan, ganjaran beli-belah, dan persembahan budaya yang mencerminkan semangat warisan dan tradisi.

TRANSFORMASI CENTRE COURT

Melangkah ke dalam Taman Oriental berwarna merah dan emas yang memukau di Centre Court, dihiasi motif halus potongan kertas Cina. Sorotan utama termasuk gerbang besar, pagoda Cina yang menarik, dan dua belas zodiak Cina.

DIGITAL KOI INTERAKTIF

Jambatan yang indah merentasi kolam digital koi interaktif, di mana pengunjung boleh memilih harapan mereka dan melihatnya dipaparkan dengan indah di kolam tersebut.

GOLD BLOSSOMING TREE OF PROSPERITY

Para pengunjung dapat melihat sebuah gerbang besar Cina yang megah disertai dengan menara yang mengagumkan. Struktur ini dihiasi dengan tanglung merah yamembawa tuah, mencipta pemandangan menyerupai terowong, sesuai untuk gambar perayaan yang sempurna.

Menambahkan suasana mempesona, ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’ tersergam megah di taman itu, melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua.

“Tema Taman Oriental Kontemporari kami tahun ini membawa sentuhan moden kepada nilai tradisiyang abadi.

Kami juga berbesar hati menyokong kesedaran kesihatan mental melalui inisiatif ‘GoldBlossoming Tree of Prosperity’, membolehkan pembeli-belah menyumbang dengan bermakna sambil menikmati suasana perayaan,”

-kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn

ESPLANADE KLCC

Sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya dan aktiviti
menarik, termasuk:

TARIAN SINGA:

Saksikan kehebatan tarian tradisional ini pada 19, 26 Januari, 2, 9 Februari, dan dua hari pertama Tahun Baru Cina (29, 30 Januari).

PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL

Persembahan oleh alat muzik tradisional seperti erhu dan guzheng pada 18, 25 Januari, serta Hari Pertama Tahun Baru Cina (29 Januari).

BENGKEL PERHIASAN BARANG KEMAS

Pengunjung boleh menyertai sesi pembuatan barang kemas. Ini dengan kerjasama Luna Jewellery pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baru Cina (29, 30 Januari), dengan aktiviti tambahan pada 19 dan 26 Januari.

    UNTUK PENGUNJUNG

    Pembeli yang berbelanja RM2,500 atau lebih dalam dua resit layak menebus e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 dan sekotak Angpau Suria KLCC.

    Bagi pembelian RM10,000 ke atas, ganjaran adalah e-Baucar RM300 bersama set Angpau. Selain itu, pelanggan yang membeli e￾Baucar bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar bonus RM100, sesuai sebagai ‘e-AngPow’ untuk yang tersayang. Bonus ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sepanjang kempen.

      SURIA RIBBON PIN

      Selaras dengan komitmen Suria KLCC terhadap kesejahteraan komuniti, kempen tahun ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental.

      Pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga
      RM10, yang membolehkan mereka memilih ucapan bermakna untuk dipamer di ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’

      Comments

      No comments yet. Why don’t you start the discussion?

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      CommentLuv badge