Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Suasana Riang Ria Raya Bersama Anak-anak Yatim di eCurve |Hari Raya menjelang tiba dan pada ketika ini ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut sambutan Adilfitri besama-sama dengan keluarga yang tersayang. eCurve tidak ketinggalan unuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras yang turut disertai penjaga mereka bagi memeriahkan lagi sambutan program anjuran pihak pengurusan. Bermula di Laser Warzone, 25 kanak-kanak ini berhibur setelah bermain beberapa pusingan permainan tag laser yang sengit dan kelihatan teruja nya mereka melalui jeritan dan hilaian tawa
Tetamu cilik ini kemudian di bawa ke ruang centre Atrium eCurve yang telah di hiasi menyerupai suasana lebuhraya lengkap dengan plaza tol. Ia juga mempamerkan pondok-pondok tol yang beratap hijau terang, papan tanda biru kuning serta lampu jalan. Ada juga hiasan tanama yang menghidupkan suasana di jalan raya
Persembahan eCurve Muzikal Raya dipersembahkan dengan diiringi lagu-lagu raya yang berkonsepkan kontemporari, penari-penari yang berpakaian warna-warni menghiburkan tetamu yang hadir. Amylea dan One Forteen antara yang membuat penampilan khas pada tetamu hari itu. Kumpulan Ruffedge juga turut membuat persembahan khas untuk anak anak .
“Kempen Raya kami pada tahun ini bertemakan Suasana Riang Raya dimana kami meraikan saar gembira musim peraaa, Selari dengan semangat kami pada bulan yang suci ini kami juga ingin berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang berkurang nasib baik Kami sememangnya berbesar hati dengan kehadiran anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera yang bersama-sama kami pada hari ini. Harapan kami adalah semoga perayaan ini akan menjadikan sambutan Hari Raya yang lebih bermakna”
-kata Azizul Hisham Ahmad Pengurus Pusat eCurve
Antara booth-booth yang membuat jualan
Tetamu-tetamu kecil ini bukan setakat berhibur tetapi mendapat duit raya dan hadiah istimewa sumbangan pihak eCurve sebelum berbuka puasa di restoran Ayam Penyet AP. Kempen Suasana Riang Raya eCurve berlagsung dari 18 Mei hingga 17 Jun 2018. Pengunjung pusat membeli-belah boleh mengikuti persembahan tarian muzikal pada jam 3 dan 6 petang setiap hujung minggu sepanjang kempen ini.. Bukan setakat ini sahaja jika anda membeli lebih dari RM 200 , dapat membawa pulang mangkuk tingkat eksklusif “Bekal Raya” dan “Sampul Raya” dalam maksimum dua resit dimana-mana kedai di eCurve sementara stok masih ada .