Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MOVIE/TEATER
  • Stesen, Serunding, Sampan Seringgit Calon Drama Anugerah Skrin 2017
“Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Calon Drama Anugerah Skrin 2017

Stesen, Serunding, Sampan Seringgit Calon Drama Anugerah Skrin 2017

Nannie IsaOctober 27, 2017October 25, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Stesen, Serunding, Sampan Seringgit Calon Drama Anugerah Skrin 2017 | Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama  bertajuk Stesen, Serunding, Sampan Seringgit yang bakal bersaing dengan 18 drama lain dalam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan.  Mengisi slot Panggung 1, drama ini menemui penonton pada 28 Oktober ini, pukul 3.05 petang di TV1 dengan membariskan pelakon Muhammad Raif Irfan, Muhammad Raif Ikhwan, Khir Rahman, Wan Azli Wan Jusoh, Rosnah Johari, Husairi Husin dan Kamarol Yusof,“Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Calon Drama Anugerah Skrin 2017

Sinopsis “Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” 

Dalam Stesen, Serunding, Sampan Seringgit ,Kisahnya berlatarkan watak Nadi dan Adim, sepupu yang sangat akrab tinggal di sebuah perkampungan tepian sungai. Nadi membesar dengan Maksu Kaseh, ibu kepada Adim setelah ayahnya Osman memutuskan berhijrah ke bandar. Kedua-dunya nekad berpegang kepada janji Osman yang dia akan pulang pada 1 Syawal yang akan datang. Janji itu 3 tahun yang lalu dan setiap 1 Syawal lah Nadi ditemani Adim menunggu di stesyen keretapi. Penantian kesabaran Nadi itu dirasai bersama oleh Stesyen Master, Azan menemani mereka apabila Nadi dan Adim menghantar bungkusan serunding yang dibuat oleh Maksu Kaseh. Azan juga kecewa melihat kesungguhan kedua anak ini kerana Osman mungkir janji. Maksu Kaseh pula mahu anak-anaknya fokus kepada pelajaran dan menjadi orang baik, namun sekeliling mereka, nilai baik itu sukar mereka boleh jadikan contoh.“Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Calon Drama Anugerah Skrin 2017

Abang Azan iaitu Muslim merupakan pembawa sampan yang mengambil tambang seringgit untuk penduduk kampung merentasi sungai ke bandar. Hubungan Azan dan Muslim dingin kerana salah faham tentang harta peninggalan arwah ayah mereka. Tiada yang pernah tahu bagaimana hendak mendamaikan dua beradik ini termasuklah Pak Wahi, pemilik warung di kampung itu dan dia mendengar, melihat segalanya. Anak-anak ini tidak faham, mengapa setiap kali bertanya tentang ayah Nadi, Maksu Kaseh akan resah dan tidak selesa dan mengapa Azan dan Muslim yang mereka tahu orang yang baik tetapi tidak boleh berbaik sesama adik beradik?

Dan kemudian mereka mengenali pula seorang lelaki yang dipanggil Hayun, yang pulang menjadi ‘batu api’ pergaduhan Azan dan Muslim.  Dia juga menyebarkan fitnah serunding yang dijual Maksu Kaseh berkulit hingga orang percaya dan tidak mahu membelinya lagi.“Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Calon Drama Anugerah Skrin 2017

1 Syawal lagi sebulan akan tiba. Nadi sudah tidak mahu menunggu dan berharap kepada ayahnya lagi, tetapi Adim yang pujuk dan tidak mahu Nadi putus harap. Ketika itu juga tercetus pertengkaran antara Azan dan Muslim hingga menyebabkan Nadi yang ingin meleraikan pergaduhan itu tercedera. Adim marah namun mujur ada Pak Wahi meleraikan. Kedua beradik itu rasa bersalah dan membawa Nadi ke hospital. Di bandar, semasa mahu bawa Nadi selepas dapat rawatan, mereka nampak ‘muslihat’ disembunyikan Hayun ‘membodohkan’ orang kampung mereka. Mereka kemudiannya pulang ke kampung dengan pelbagai perasaan.

Hayun pulang semula ke kampung dengan misinya yang tersendiri. Maksu Kaseh berjaya tunjukkan bukti daripada ejennya bahawa Hayun yang mengupah mereka menyebarkan berita palsu. Hayun enggan mengaku. Muslim dan Azan pula berjaya mengesan muslihat Hayun untuk mendapatkan wang. Hayun cemas dan marah kerana semua niat tak baiknya sudah terbongkar. Hayun cuba lawan tapi dia dipukul.“Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Calon Drama Anugerah Skrin 2017

Maksu Kaseh buka rahsianya mengapa Osman tidak pulang pulang. Nadi terkejut rupanya kerana Maksu Kaseh bergaduh selisih faham dengan ayahnya. Masing masing keras hati Tidak Mahu Meminta Maaf. Lalu Adim pujuk ibunya supaya maafkan ayah Nadi dan pujuk ayah Nadi pulang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Anugerah Skrin 2017, Sampan Seringgit, Serunding, Stesen

Post navigation

Previous: Amnesia Pelamin Erina Arahan Zul Huzaimy Di Telemovie TV2
Next: OST Titian Cinta Asfan Shah – Sumpah Cintaku Di Akasia TV3

Related Posts

K-VARIETY-

K-VARIETY- FIVE NEW LAUGH-OUT-LOUD SHOWS TO DEBUT IN AUGUST

August 7, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

JANGAN PANDANG BELAKANG 2 DI 14 BUAH NEGARA, BETUL KE?

September 27, 2024September 29, 2024 Nannie Isa

FILEM ‘GAYONG’ ANGKAT KISAH BENAR MAHAGURU SILAT !

September 20, 2024September 19, 2024 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}