Apabila membeli telefon pintar atau smartphone, spesifikasi perlu di titikberatkan untuk memastikan kepuasan sewaktu mengguna selepas membeli. Ini dikongsikan spesifikasi Samsung Galaxy A55 5G untuk anda!
SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY A55 5G
Bergantung kepada penggunaan dan juga ‘budget’ anda, Samsung Galaxy A55 5G ini antara yang terbaru dari golongan A series. Mengambil maklum balas pengguna untuk telefon sebelum ini dan menaikkan taraf pada spesifikasi tertentu.
Antaranya lebih inovasi dari segi keselamatan iaitu Knox Vault yang direka untuk para pengguna selain di naikkan taraf untuk fotografi buat yang gemar bergambar dan merakam moment indah.
SUPER AMOLED
Senantiasa memastikan yang pengguna mendapat kepuasan dalam penggunaan telefon pintar ini, menampilkan paparan Super AMOLED Display 6.6-inci FHD+ dengan Vision Booster.
VISION BOOSTER
Kadar penyegaran boleh ubah 120Hz bagi melayari web, menonton video dan permainan lebih laju dan semestinya lancar tanpa gangguan ye. Cantik paparan skrin.
Dengan adanya Vision Booster ini skrin lebih senang dilihat tanpa gangguan walaupun dibawah sinar matahari.
BATERI
Untuk kali ini bersaiz 5000mAh bersama sekuriti Samsung Knox dan 12GB RAM dan storan dalaman 256 GB.
KAMERA
Kamera swafoto 32 MP f2.2. Dibahagian hadapan, kamera utama 50 MP f/1.8 Wide dan 12 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar) bersama 5 MP f2.4 makro kamera.
Menggunakan 0.5x dengan full screen
0.5x, skrin 4:3 – nampak tak perbezaannya [ada sinaran matahari]
0.5x, skrin 4:3 – nampak tak perbezaannya
Gambar diambil menggunakan 1x
Menggunakan 2x
Yang ini 4x
GORILLA GLASS VICTUS+
Kekemasan logam aluminium untuk bingkai sisi dan naik taraf dari bahan plastik bagi siri A54 yang nampak lebih ringkas dan padu. Gorilla Glass Victus+ untuk kaca belakang dan IP67 melindungi daripada habuk dan air.
Galaxy A55 5G mengambil gambar yang lebih jelas dan lebih padu walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kurang baik. Pemprosesan Isyarat Imej AI (ISP) terbaru Galaxy A55 5G menghasilkan imej cahaya malap bertambah baik berbanding siri A54 sebelum ini.
Gambar yang diambil menggunakan 1x
‘Screenshot’ diambil dari video yang diambil menggunakan 2x
Panaroma
Paling disukai mode ‘food’
Dual record adalah antara ciri terbaru yang ada di Galaxy A series
Memperbaiki warna dan kualiti imej anda Mod Potret Malam dan video HDR 12-bit memastikan imej kelihatan hebat dalam setiap rakaman dengan penstabilan video yang lebih lancar untuk berjalan, atau berlari dan sebarang pergerakan dengan 4K Adaptive VDIS.
SAMSUNG KNOX VAULT
Antara ciri keselamatan yang paling inovatif, Samsung Knox Vault. Bukan saja untuk pengguna Samsung Galaxy A55 5G tetapi juga untuk Samsung Galaxy A35 5G.
Menawarkan perlindungan menyeluruh dengan membina persekitaran pelaksanaan selamat yang diasingkan secara fizikal daripada pemproses dan memori utama sistem.
Dapat melindungi telefon pintar dan data pengguna daripada akses tanpa kebenaran. Tidak kira sama ada dengan cara kata laluan, PIN mahupun corak, ciri ini dapat menjamin peranti dan data dalam ‘Secure Folder
LINDUNGI DATA
Ia boleh membantu melindungi data paling pada peranti, termasuk bukti keselamatan skrin kunci, seperti kod PIN, kata laluan dan corak walaupun peranti itu hilang atau dicuri.
AUTO BLOCKER
Pakej langkah keselamatan tambahan. Menariknya, ia membantu menyekat pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan terutamanya ‘third party apps’. Bukan itu saja, ia juga menyediakan semakan keselamatan aplikasi yang ada.
Ini untuk mengimbas mana-mana perisian yang mempunyai potensi ‘virus’ pada peranti sewaktu disambungkan melalui kabel USB.
Perlindungan automatik yang mudah, sentiasa aktif, daripada serangan perisian, terutamanya pada zaman hari ini kerap menggunakan perbankan dalam talian dan terdapat banyak penipu dan scammer.
Akhir sekali, Samsung Galaxy A55 5G mendapat perlindungan sekuriti berganda melalui Samsung Knox yang merangkumi platform bersekuriti tinggi.
HARGA JUALAN
Kini boleh dapatkan telefon peranti ini dimana mana cawangan Samsung atau atas talian dengan harga RM1,999 – pilihan 3 warna.