SNOOP DOGG LANCAR ALGORITHM DENGAN JOE FLIZZOW, THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda dengan Snoop Dogg? Kalau tak kenal baik pi cari siapa dia. Famous wei!!
SNOOP DOGG
Bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif Kreatif dan Strategik DefJam Recording. Menerajui projek sulungnya untuk syarikat rakamannya.
Sebuah projek gergasi yang menampilkan 32-artis, dalam 25 lagu berjudul Snoop Dogg Presents THE ALGORITHM–untuk pasaran dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global Edition).
Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal. Namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.
Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis dari senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) dari seluruh dunia. Kini membawa hampir 50 bintang hip-hop dan R & B ke dalam album tersebut.
ALGORITHM
Projek yang sangat istimewa buat saya atas pelbagai sebab. Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia.
Ini sebagai yang pertama di bawah Def Jam Records. Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini.
Kami sedang mengubah gelanggang seni dengan membawa perasaan masuk Kembali kedalam muzik.
-kata Snoop Dogg semasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19November 2021.
ALGORITHM (GLOBALEDITION)
Merupakan lanjutan kepada album Snoopyang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau.
JOE FLIZZOW
Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.
“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop,Algorithm (Global Edition).
Method Man & Redman merupakan legenda industrihip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi.
Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambal diperkenalkan oleh Snoop Doggdalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,”
-kata Joe Flizzow.
“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuaratZOOM di antara Snoop Dogg dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan.
Beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,”
-sambung Joe Flizzow.
Pingback: YUNG RAJA FEATURES ON SNOOP DOGG LATEST ALBUM, WOW!
Very Nice Post!
Thank you so much for sharing such an amazing post with us for free. I would like to share and visit this page again for the more interesting details.
Keep it up!