Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SMI Cars Buka Ruang Pameran Baru & Tawar Diskaun 50%|Anda peminat kereta mewah atau motorsikal besar? Pasti ini berita baik untuk anda. SMI Cars Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, baru saja melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang.
SMI Cars Sdn Bhd
Simbolik di sebalik nama SMI diambil dari singkatan nama keluarga Dato Hj Marof Khan Hj Mohamed Idris selaku Ketua Pegawai Eksekutif SMI Cars Sdn Bhd. Di mana S adalah Suzana (isteri) manakala M adalah Marof dan I adalah Irene (anak yang juga merupakan pengarah muda di SMI Cars).
Bukan calang-calang orang yang menguruskan dimana ahli pengurusan berpengalaman lebih dari 30 tahun. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini. Selain dari memberi perkhidmatan peribadi yang tersendiri. SMI Cars bukan saja menawarkan pelbagai model kenderaan mewah tetapi juga kenderaan import kepada rakyat Malaysia
Ruang Pameran SMI Cars
Terletak di tengah bandar Kuala Lumpur menjadikan ianya lokasi yang strategik. Seni bina moden dengan suasana mesra di reka oleh anak muda berumur 19 tahun iaitu bakal arkitek Asyraaf Khan. Dimana keutamaan seperti keselesaan pelanggan dititik beratkan.
Hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus dan Mini Cooper. Ada juga koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.
Perasmian SMI Cars
Perasmian ruang pameran dihadiri oleh para peminat-peminat automotif seluruh Malaysia. Persembahan khas dari Dato Jamal Abdillah dan Nico G memeriahkan lagi majlis.
Sambil melihat dan membuat pilihan untuk membeli kenderaan yang disukai atau memandu uji, mereka yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan. Jangan risau dimana bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.
Tawaran Potongan 50%
Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana. Tidak terkecuali menyokong usaha ini dengan membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).
‘Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di sini kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini.
Kami percaya SMI Cars mempunyai masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat. Ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkannya kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang’.
-Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli.
‘Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. Kami bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya.
Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka.”
-kata Pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna.
Antara harapan ialah dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah.
Untuk maklumat lanjut layari:
Bagi mereka yang ingin membeli kereta, sekarang bolehlah pertimbangkan yang ini.
Tekkaus recently posted…Sheraton Fitness-A World Class Gym For You To Stay Active