Eh kata bergaduh tapi ada dalam video Single Risiko? Gimik ke apa nie!
SINGLE RISIKO
Video teaser bagi video muzik ‘Risiko’ telah dikongsikan buat pertama kalinya oleh sebuah syarikat produksi,Twntytwo Degree. Video berdurasi 11 saat itu menjadi tular di sosial media sehingga mencapai lebih 1 juta tontonan dalam masa sehari.
BUKAN KALENG-KALENG
Ini sekaligus mengejutkan ramai pihak terutama peminat dan juga orang dalam industri yang melihat kualiti suntingan video muzik ini yang ‘bukan kaleng-kaleng’’.
KOLABORASI LIMA PENYANYI
Tambahan lagi, lagu ‘Risiko’ ini adalah sebuah lagu kolaborasi lima orang penyanyi rap terkenal dan ada daya karisma tersendiri iaitu Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK dan TUJU.
Namun, terdapat dua nama yang membuatkan ramai penonton terpaku apabila melihat MK dan Tuju dalam satu video!
BERGADUH KE TIDAK?
Sebelum ini dua sosok penyanyi rap ini dikatakan bergaduh, lalu berpecah dan seterusnya masing-masing membawa haluan sendiri.
Setidaknya, lagu ini pastinya mengejutkan ramai pihak. Mana taknya, mereka disatukan kembali. Sudah tentu ianya satu berita gembira buat peminat yang mahukan mereka bergabung semula.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat kelima-lima orang penyanyi rap ini meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton video penuh lagu ‘Risiko’ ini yang khabarnya akan disiarkan pada 22 Februari nanti.
KENAPA 22 FEBRUARI?
Menurut penerbit dan juga komposer lagu ini, Kinggolddigga berkata pihak Twntytwo Degree ada sebab tersendiri memilih tarikh 22 Februari untuk melancarkan video muzik dan single ‘Risiko’.
“Kami memilih 22 Februari adalah bersesuaian dan bertepatan dengan nama Twntytwo Degree. Single ini adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi kami yang masih baru.
KOLABORASI SPONTAN
Insyaallah, untuk single pada masa akan datang juga akan dilancarkan pada tanggal 22 haribulan,”
“Idea di sebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Ogos tahun lepas lagi. Kolaborasi ini terhasil secara spontan. Idea untuk menggabungkan mereka juga datang secara tiba-tiba,”
“Kelima-lima penyanyi ini dipilih kerana mereka adalah idola kebanyakan remaja di Sabah termasuklah saya,”
-ujar Kinggoldigga.
VIDEO MUZIK DUA HARI SIAP?
Difahamkan pengambaran video muzik ‘Risiko’ diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa selama dua hari sahaja untuk disiapkan.
Dengan kemahiran, gaya suntingan serta kreativiti krew produksi Twntytwo Degree, ramai pemerhati dunia muzik tanahair percaya video muzik ini nanti memberi impak yang besar. Bakal menjadi penanda aras untuk penghasilan video muzik di Malaysia yang lebih baik.
Memetik dari ruangan komen, sinematografi video muzik ini cukup memukau dan visual yang menarik. Sekaligus ini menjadi taruhan utama video muzik ini. Tidak kurang juga ada yang berpendapat irama lagu ‘Risiko’ ini begitu unik dan lain dari yang lain.
SINOPSIS SINGLE RISIKO
Single ‘Risiko’ ini menceritakan tentang setiap orang punya cerita hidupnya sendiri yang unik, dan cara mereka mencapai puncak atau kejayaan juga berbeza-beza. Ada yang merancang setiap langkahnya dengan teliti dan berusaha keras mencapai matlamatnya.
Tapi ada juga yang menghadapi rintangan dan cabaran yang tak disangka, tapi pengalaman itu membuat mereka lebih kuat. Nantikan video muzik penuh pada 22 Februari ini serentak dengan pelancaran single ini di semua platform penstriman