SINGLE HAI NONA MANIS OLEH ROHAS REMI BERI NAFAS BARU!

SINGLE HAI NONA MANIS OLEH ROHAS REMI BERI NAFAS BARU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rohas Remi merupakan sebuah nama yang penuh misteri di dalam dunia muzik tempatan.

HAI NONA MANIS

Sebuah single terbitan Luncai Emas, dan dinyanyikan oleh Rohas Remi. Single ini telah dirakam pada tahun 2020 di Studio Ronggeng, Luncai Emas, Hasil kolaborasi bersama produser, Yasin, pemain drum kumpulan psychedelic rock, Pitahati.

“Hai Nona Manis adalah tentang menghargai seseorang yang bakal kita cintai, dan mengenang kasih sayang selepas kita kehilangan orang yang menyayangi kita.”

-kata Rohas Remi.

Lagu ini adalah satu penanda aras baharu bagi beliau dalam penulisan. Tema yang dipilih adalah sesuatu yang tak pernah disentuh iaitu tentang “Aku, Kau dan Dia”.

Sepertimana yang diungkapkan beliau yang membawa maksud cinta yang dikongsi antara beliau. Insan yang dicintai/mencintainya dan Tuhan yang Maha Melihat.

Hai Nona Manis mempunyai gaya rentak yang aneh, penuh emosi dan memberi satu suasana romantis bernafas baru.” -kata Yasin, selaku produser Rohas Remi.

Yasin merupakan seorang pemain drum dan juga produser yang telah menghasilkan beberapa karya untuk artis-artis lain, seperti Salam Musik, Ramayan, Margasatwa, Plong dan lain-lain.

ROHAS REMI


Pada Oktober 2016, beliau telah mengeluarkan sebuah album berjudul E S O K M A S I H I D E. Sebuah album eksperimental art rock, hasil kolaborasi bersama produser dan kaki eksperimental, Kamal Sabran.

Daripada karya ini dua buah single telah diangkat daripada sepuluh buah lagu; Tinggi Harap dan Fermina. Mulai itu nama Rohas Remi makin dikenali ramai orang muda. Namun begitu, sekitar tahun 2018 kehadiran beliau makin tidak dirasai . Lama-kelamaan beliau seolah-olah lenyap daripada dunia muzik.

2020 KINI KEMBALI

2020, beliau timbul kembali, membawa bersamanya dua buah lagu yang baru dan segar. “Untuk album pertama, saya dan Kamal Sabran mengambil pendekatan yang sangat eksperimental, mungkin terlalu eksperimental dalam lagu-lagu saya. Sehinggakan saya sendiri tidak mampu untuk menghadam lagu-lagu sendiri.


Perkara ini disebabkan konflik kepentingan; saya mahukan lagu-lagu yang lebih rancak dan mempunyai rentak yang lebih konsisten, Kamal mahu mencipta muzik ‘masa hadapan’. Tetapi untuk lagu-lagu baru ini, saya cuba untuk mengambil pendekatan yang kurang eksperimentasi dan lebih fokus kepada rentak dan melodi”

Pelbagai perkara yang menjadi inspirasi bagi beliau. Kadang-kadang beliau mendapat ilham daripada karya-karya artis lain daripada pelbagai genre; daripada muzik yang paling ganas sampailah irama yang paling lembut.

Selain itu, inspirasi menulis bagi beliau juga datang daripada pengamatan mata dan penelitian bicara dengan teman-teman yang mencerminkan kehidupan manusia dan dunia yang didiaminya.

Dunia perfileman juga merupakan satu inspirasi bagi beliau, terutamanya filem-filem melayu zaman P.Ramlee sehinggalah filem-filem 90an. FIlem-filem barat seperti Tenet, atau mana-mana filem yang mempunyai visual dan penceritaan yang hebat.

Youtube Luncai Emas |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge