SIAPAKAH KELUANG MAN SUPERHERO IKONIK MALAYSIA?| JIka anda peminat kartun terutama kartun dari Malaysia pasti anda kenal dengan watak yang ini.
KELUANG MAN
Siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Menariknya, berdasarkan pencarian kata kunci di Google Trends, KELUANG MAN masih dicari sejak tahun 2004 sehingga kini dan diperkatakan.
Begitu juga dengan koleksi lukisan peminat (Fan Art) yang banyak dihasilkan. Lebih membanggakan, Google kenang pencipta KELUANG MAN, Allahyarham Kamn Ismail menerusi Google Doodle khas.
WATAK KELUANG MAN SUPERHERO
Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia -KELUANG MAN akhirnya terjawab.
Pengumuman bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu.
Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain.
Antaranya seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor.
RANGKA SEISI PENGGAMBARAN
Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar.
VERSI FILEM
Bakal diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf.
Turut bertindak sebagai penulis skrip. Astro Shaw kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun hadapan.
SINOPSIS
Memaparkan kisah tentang seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam membenteras jenayah.
Selain watak KELUANG MAN, Remy Ishak terpilih membawakan watak antagonis bernama Shamsir, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab dan Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad.
PELBAGAI REAKSI POSITIF
Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem KELUANG MAN, pelbagai reaksi positif diterima daripada peminat serta menerima liputan meluas.
Ini membuktikan KELUANG MAN masih relevan dan mempunyai impak yang sangat besar kepada penonton Malaysia.
Dalam masa yang sama, kami mahu memperkenalkan semula IP animasi kebanggaan negara kita melalui live action movie kepada generasi baru.
Tentunya mengangkat karya ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan skala yang lebih besar.”
-Menurut Penerbit Eksekutif KELUANG MAN merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad.
KENAPA PILIH NAS-T
Astro Shaw mencapai kata sepakat untuk memilih Nas Muammar Zar kerana ciri-ciri dan dedikasi beliau yang menepati kriteria karakter.
Kami percaya Nas mampu membawakan kelainan dalam menghidupkan watak animasi kegemaran ramai ini dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi seisi uji bakat.
Tidak ketinggalan, kami turut membariskan gandingan pelakon berkarisma tanah air seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor.
BAKAL TEMUI 2025
Filem ini bakal dijangka menemui penonton pada tahun 2025.
Kami sedang merangka strategi dalam menghasilkan universe terbesar dan mengalu-alukan peluang kepada pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam francais ini. ”
DALAM PROSES PRA PRODUKSI
“Setelah menimbang-tara lebih beratus calon termasuk pelakon berpengalaman dan bakat baru.
Pada kami bahawa Nas Muammar Zar adalah yang kami cari. Aura lahiriah Nas sebagai seorang individu persis dan jitu dengan jiwa Borhan, sehingga kami tidak teragak-agak memilih beliau.”
“Buat masa ini, kami masih dalam proses pra produksi. Proses penjadualan, pencarian lokasi, dan memapan cerita sedang berjalan.
Seiring itu, proses yang paling mendebarkan bagi kami adalah proses mereka-bentuk kostum KELUANG MAN turut berjalan.
Kami sedar akan tanggungjawab besar yang digalas dalam memenuhi ekspektasi peminat animasi ikonik ini; jadi kami sentiasa berwaspada dalam melaksanakan visi kreatif kami.”
-Pengarah dan Penulis Skrip filem KELUANG MAN, Anwari Ashraf
UJI BAKAT 3 FASA
Sesi uji bakat tempoh hari mempunyai 3 fasa. Fasa pertama dibuka pada 28 Julai sehingga 28 Ogos lalu. Calon perlu menghantar video tentang diri dan personaliti mereka.
Fasa kedua adalah calon yang terpilih dipanggil untuk uji bakat secara fizikal.
Fasa ketiga, daripada 10 bakat yang telah disenarai pendek, hanya seorang dipilih oleh produksi ini