Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Siapa Bakal Merangkul Miss Amazing Malaysia 9 March 2019| Miss Amazing Malaysia 2019 adalah Pertandingan Ratu Cantik Kelainan Upaya dimana finalist yang terlibat adalah dari kalangan orang kurang upaya. 13 finalist telah disenarai pendek pada satu sidang media selepas pencarian selama 6 bulan dan bakal mengelar juara pada pertandingan akhir 9 Mac 2019 di Westlan Place, Petaling Jaya.
Kebiasaanya, pertandingan ratu cantik adalah mereka yang cantik paras rupa dan bijak semestinya. Tetapi kali ini dalam Miss Amazing Malaysia, tujuan diadakan untuk membantu golongan wanita kurang upaya bersedia menghadapi cabaran dan dugaan dunia luar. Peserta yang layak menyertai Pertandingan Miss Amazing Malaysia ini dikalangan down syndrome, vitilago(penyakit kulit) , scoliosis, autism dan yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU)
Miss Amazing Malaysia dianjurkan oleh Amazing Girls Solution. Ianya diasaskan oleh Maynicca Dewi Rajamanikam yang pernah memenangi Naib Johan Mrs India Worldwide Malaysia 2018.
13 Finalist yang bakal berentap untuk Miss Amazing Malaysia 2019
- Siti Nur Aisyah, 19, Pelajar ( Down Syndrome)
- Charmaine Chan, 29, Admin Perpustakaan Mainan (Down Syndrome)
- Nur Athirah Idrus, 17, Pelajar ( Down Syndrome)
- Susanna Cheah, 19, Pelajar ( Down Syndrome)
- Tabitha, 18, Pelajar ( Down Syndrome)
- Wan Alyaa Azri , 19 Childminder(kanak-kanak) ( Down Syndrome)
- Dr. Nik Norziehana Che Isa, 33 , Guru, (Scoliosis)
- Nor Athira Sujino , 24, Commis Chef (Lupus)
- Nurhana Md Yusof , 28. Pelajar & Model ( Albinism)
- Sofia Lovi Ramasamy , 38, Human Resource Business Partner (Psoriatic Arthritis)
- Rachel Siew, 29 , Community Advocate (Morquio A Syndrome)
- Lynda Lim , 23 , Pelajar (Autism)
- Punitha Palaniaapan , 34, Admin Executiv ( Teacher Collins Syndrome)
Walau siapa pun mereka, bagaimana keadaan mereka sekali pun mereka juga manusia biasa. Ingin di cintai dan mencintai. Menjadi seperti seorang yang normal dan terlibat dalam mana-mana aktiviti seperti kita. Moga dengan adanya pertandingan seperti ini dapat membantu dan memberi semangat pada mereka yang mereka adalah sama tiada perbezaan
Untuk maklumat lanjut tentang Miss Amazing Malaysia, layari
Facebook Miss Amazing Malaysia : https://www.facebook.com/Miss-Amazing-Malaysia-227381894798408/
terbaek 🙂