SCHOTT KUKUHKAN MALAYSIA SEBAGAI HAB TEKNOLOGI TINGGI ASIA

SCHOTT , Sempena ulang tahun ke-50 kukuhkan Malaysia sebagai Hab teknologi tinggi Asia!

SCHOTT 

Malaysia sekali lagi membuktikan dirinya sebagai destinasi pelaburan teknologi bertaraf dunia apabila syarikat teknologi antrabangsa. SCHOTT meraikan ulang tahun ke-50 kehadiran mereka di negara ini.

Majlis penuh berprestij telah berlangsung di Hotel Eastern & Oriental – Pulau Pinang menyaksikan kehadiran tokoh penting. Termasuk Dato’ Hans Peter Brenner, Konsul Kehormat Jerman serta wakil dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia [MIDA].

Syarikat berpangkalan di Jerman yang terkenal dalam industri pemprosesan kaca teknologi tinggi telah menubuhkan tapak pengeluaran Asia pertama di Pulau Pinang pada tahun 1975.

PENERAJU TEKNOLOGI MASA DEPAN

Kemudahan pengeluaran Schott di Malaysia bukan sekadar kilang biasa. Ia merupkan pusat pemprosesan untuk pelbagai sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, realiti terimbuh [AR], elektronok pengguna, perubatan dan angkawasan. Keupayaan SCHOTT untuk menyesuaikan kepakaran mereka dengan keperluan industri global menjadikan Malaysia sebagai lokasi strategik yang amat bernilai.

“Pelaburan awal mereka bermula sebagai langkah untuk menyokong permintaan pasaran Asia Tenggara. Namun hari ini, kemudahan di malaysia turut memenuhi keperluan pelanggan Korea, China , Eropah dan Amerika Syarikat. Syarikat kini mencatatkan pertambahan tenaga kerja sebanyak 10 kali ganda sejak mula beroperasi'”

-kata Peter Berberich, Pengurus Tapak SCHOTT Pulau Pinang.

PELABURAN DAN PEMINDAHAN ILMU

Salah satu nilai tambah SCHOTT kepada ekosistem teknologi Malaysia adalah komitmen mereka dalam pemindah ilmu dan latihan kepada bakat tempatan. Pelaburan berterusan ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah menyediakan platform kepada generasi muda untuk menjadi peneraju inovasi.

SEIRING ASPIRASI PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BARU [NIMP] 2030

Kepujian diberikan pada SCHOTT Kerana terus komited dengan aspirasi Malaysia seperti digariskan dalamPelan Induk Perindustrian Baru [NIMP] 2030. Beliau menyifatkan sebagai contoh terbaik bagaimana pelaburan asing yang berstrategik boleh membantu negara mencapai matlamat Pembangunan Industri yang mampan Dan berimpak tinggi. 

JALINAN MALAYSIA – JERMAN SEMAKIN KUKUH

Kehadiran SCHOTT selama Lima dekad menjadi simbol hubungan erat antara Malaysia Dan Jerman. Saya bangga terhadap kerjasama jangka panjang antaranya kedua-dua negara dalam bidang perniagann Dan Pendidikan. Gabungan teknologi Jerman Dan tenaga kerja Malaysia telah menghasilkan Produk serta perkhidmatan yang membentuk wajah teknologi Masa depan dunia.

FOKUS MASA DEPAN : AR DAN SEMIKONDUKTOR

Kini memfokuskan Dua bidang utama untuk Pembangunan akan datang : realiti terimbuh [AR] Dan semikonduktor. Kedua-dua bidang ini merupakan tulang belakang kepada pelbagai APLIKASI sperti peranti PINTAR, peralatan boleh pakai, cip komputer generasi baru Dan juga teknologi automotif moden.

Dengan peningkatan permintaan global terhadap teknologi ini, Malaysia berpotensi untuk menjadi Hab teknologi rantau Asia, dan SCHOTT berada dalam kedudukan terbaik untuk merelisasikannya. 

Sambutan ulang tahun ke-50 SCHOTT di Malaysia bukan sekadar memperingati sejarah, juga SATU deklarasi masa Depan. Dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah , pelaburan seperti ini membuktikan bahaha Malaysia bukan saja pencerita teknologi. Tetapi turut menjadi penyumbang Aktif Dalam membentik landskap teknologi global. 

Website SCHOTT

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge