Nantikan festival MALF [Malaysia Auto Dan Gaya Hidup Malaysia] 2025 di Sepang dari 13 Jun hingga 15 Jun 2025.
FESTIVAL MALF 2025
Festival Malaysia Auto Dan Gaya Hidup Malaysia 2025 menuju ke Sepeang dengan sambutan penuh aksi yang menggabungkan kelajuan, budaya dan komuniti. Acara ini antara yang dinanti-nantikan, bakal mengegarkan LItar Antarabangsa Sepang selama tiga hari penuh aksi pada 13 hingga 15 June 2025.
SUKAN PERMOTORAN
Bakal menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga yang menjadikannya sebuah acara yang pasti terpahat dalam ingatan.
MALF 2025 bukanlah ekspo automotif biasa sebaliknya ia adalah festival tempatan yang meraikan identiti 1 Malaysia di pentas serantau. Pelbahai persembahan budaya tradisional yang mewakili semua etnik utama di Malaysia.
‘Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini iaitu sebuah masyarakah berbilang kaum, bertenaga dan senantiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,’
-jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.
ANTARA TARIKAN UTAMA FESTIVAL
Tarikan Festival kali ini adalah
- Demonstrasi drift
- Pameran kereta retro
- Perhimpunan kelab kereta terbesar dalam 800 buah kereta bakal dipamerkan
- Aksi demo oleh pemandu lagenda
- Akses eksklusif di kawasan pit
- Bazaar makanan dengan pelbagai citarasa
- Persembahan budaya tradisional yang dinamik
- Auto Icons show
- Festival Motorsikal
- Larian Kopi
PERINGKAT SERANTAU
Festival kali ini semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup automotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.
Jadikan hujung minggu Hari Bapa ini luar biasa dengan gabungan kereta, budaya dan keseronokan keluarga yang sukar dilupakan di MALF 2025!