SAMSUNG GALAXY S22+ MEMIKAT HATI PANDANG PERTAMA, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah barang wajib yang perlu bawa jika keluar rumah? Kalau dahulu adalah MyKad kini ditambah dengan smartphone. Tanpa smartphone pasti rasa sunyi dalam kehidupan.
Penggunaan smartphone adalah keperluan seharian. Ada yang menggunakan untuk urusan harian, pejabat ataupun untuk ber-sosial media mahupun merakam moment.
SAMSUNG GALAXY S22+.
Kini, smartphone terbaru dari Samsung untuk S series – Samsung Galaxy S22+. Ianya adalah yang terbaik dan ‘advance’ dari S series yang ada sebelum ini.
Setelah menggunakan sebulan lebih ini adalah pengalaman yang ingin dikongsikan. Apa yang menarik dan jatuh hati pandang pertama!
HANYA 195G SAHAJA?
S22+ mempunyai rekabentuk Contour Cut di sekeliling tepi kiri dan kanan. Untuk anda yang tidak tahu, modul kamera digabungkan dengan bingkai. 3 kamera belakang di susun rapi.
Di bahagian belakang pula menggunakan logam matte dan aluminium. Permukaan yang licin dan nampak anggun apabila memegangnya. Tidak perlu risau akan kelicinan-nya.
Beratnya adalah 195g. Jadi mudah untuk dipegang dan digenggam dengan jari.
WARNA
Untuk S22+, terdapat empat pilihan warna untuk dipilih. Phantom White, Phantom Black, Pink Gold dan Green. Jika inginkan kelainan, pilih warna Pink Gold, nampak elegant dan berkarisma.
Warna pun memainkan peranan dalam kehidupan buat pengguna phone tau, bagi KP Phantom White menjadi pilihan.
KAMERA PULA?
Moment yang berlaku dirakam menggunakan kamera. Jadi kamera adalah perkara penting perlu dititikberatkan sebelum membeli sebarang smartphone. Terutama sekali jika anda seorang ‘content creator’ mahupun ‘influencer’.
Dengan menawarkan zoom optic 3X sebenar pastinya membantu dalam merakam moment atau gambar yang diperlukan.
Lensa kamera zoom 30X. Dari 0.6x ke 30x zoom pasti gambar yang di hasilkan terang dan terbaik.
Sensor belakang kamera utama ialah 50MP. Lengkap dengan ultralebar 12MP dan telefoto 10MP. Tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk meng-edit.
NIGHTOGRAPHY
Apa maksudnya? Ia adalah gambaran foto waktu malam yang lebih baik. Merakam di bawah cahaya yang malap atau tidak terang tidak perlu risau. Ciri Nightography baru yang revolusioner.
Mempunyai 23% sensor lebih besar daripada teknologi Galaxy S21 Ultra. Ia membantu untuk memberi dan masukkan lebih cahaya.
Selain dari menangkap warna yang membuatkan moment atau gambar itu lebih menyerlah walaupun dalam gelap.
SELFIE CUN TAK?
Ber-selfie mahupun ber-wefie pasti acara wajibkan. Rugilah kalau tak rakam moment yang jarang sekali akan tiba terutama dalam ‘gathering’. Dengan menggunakan S22+ tidak perlu risau lagi.
Selain kamera swafoto – 10MP ada lagi. Dengan adanya Auto Framing ia dapat mengesan sehingga 10 orang dalam frame. Barulah kamera difokuskan secara automatik untuk merakam moment dan hasilnya semua kelihatan.
S22+ dikuasakan oleh teknologi VDIS canggih yang meminimumkan getaran, jadi ia mendapat rakaman yang licin dan tajam walaupun semasa KP bergerak.
BATERI
Tanpa bateri yang tahan lama, agak mengganggu perjalanan kehidupan seharian, Untuk S22+ ia mempunyai 4500mAh . Dapat bertahan dalam 1hari hingga 1 1/2 hari jika penggunaan biasa.
Caj super-pantas 45w yang menarik perhatian kerna tidak perlu menunggu lama untuk mengecas jika kehabisan bateri smartphone.
BAHAGIA?
Lain orang lain pendapat bukan? Mungkin ada yang selesa dengan model phone masing-masing, Buat KP dengan Galaxy S22+ ini dapat membantu banyak dalam perjalanan hidup seharian.
Membantu dalam menyelesaikan kerja tidak kira dari merakam moment, streaming , ataupun navigasi dari satu aplikasi ke satu aplikasi. Almaklumlah dikuasakan oleh pemprosesan AI dan ML yang paling maju.
Jadi pastinya memberikan prestasi yang tiada tandingan untuk keperluan seharian dan produktiviti menjadi lebih baik dalam kehidupan seorang blogger.
Apa lagi, jom serbu outlet Samsung untuk rasai pengalaman ini.
Website |