Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sajian Warisan Nusantara Tema Buffet Ramadan The Pearl KL|Jika anda melalui Jalan Klang Lama pastinya anda perasaan dengan kewujudan hotel The Pearl Kuala Lumpur. Terdahulu ianya dikenali dengan Pearl International Hotel. Masih lagi bercerita tentang buffet Ramadan kali ini Sajian Warisan Nusantara diangkat sebagai tema buffet Ramadan 2019.
Buffet kali ini bakal berlangsung di di Garden Terrace dan Cafe 5 yang terletak di tingkat 5. Eh hotel The Pearl KL hotel bertaraf 4 bintang ye. Anda bakal menikmati hidangan di dalam cafe dan juga di tepian kolam renang. Ha vogue kan berbuka dengan lebih 100 juadah . Antaranya shell out- siap ada 2 perisa ye nak pedas atau tak pedas
Ayam panggang
Gulai daging kawah
Lambakan seafood segar lagi
Rojak buah mahupun Gado-gado
Otak-otak
Mee Sup, Mihun Sup , Maggi Sup pun ada . Tengok tu pelbagai jenis pilihan boleh diletak sekali
Suka dengan The Pearl KL kerana ianya seakan memahami mak-mak yang dalam dilema. Yalah berbuka di hotel tapi takut ada yang pecah pinggan mahupun jatuh sudu garfu apabila membawa kanak-kanak. Jadi disediakan satu seksyen untuk alatan makanan kanak-kanak.
Manisan mana boleh dilupakan setelah makan berat kan?
Menjadi kegemaran siap ulang lebih 2 kali ..
Kek lapis Sarawak – cantikkan warna dia. Makan nie macam rasa kat Sarawak
Promosi buffet Ramadan Sajian Warisan Nusantara bakal berlangsung mulai 10 Mei hingga 2 June 2019 setiap hari 630 petang hingga 10 malam.
Potongan harga istimewa bagi tempahan awal untuk 2000 pertama dengan harga RM72++ untuk dewasa