Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SAFI Fruity Fresh Memberikan Kesegaran dan Wajah Makin Berseri |Membersih wajah bukan sekadar membilas dengan air atau menggunakan sabun badan pada muka. Tekstur kulit muka yang lembut dan berpori amat berbeza dengan tekstur kulit badan. Hanya dengan teknik penjagaan wajah yang betul serta pemilihan pembersih wajah yang bersesuaian akan memberikan kesan yang baik pada wajah.
Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar. Baru-baru ini, KP sempat mengikuti ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, bertempat di Jalan Klang Lama untuk turut serta dalam aktiviti bersama para pelajar.
SAFI jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja. SAFI membawakan anda SAFI Fruity Fresh, pembersih wajah yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas.
Ini adalah produk SAFI Fruity fresh yang terbaru buat adik-adik di sana. Setiap satu mewakili peranan yang berbeza dan juga bau yang berlainan.
Sedikit informasi tentang SAFI Fruity Fresh
Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza SAFI Fruity Fresh, ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Kebaikan angguryang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam.
Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersihdan segar sepanjang hari!
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah.
Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)
Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami.
Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!
Aktiviti Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh dimulakan dengan pendedahan asas mengenai struktur kulit wajah seperti lapisan dermis dan epidermis. Pelajar turut diberikan gambaran keadaan yang berlaku pada wajah mereka apabila mencapai umur baligh. Dengan menggunakan kertas penyerap minyak, para pelajar diajar cara untuk mengenalpasti jenis kulit samada kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, ataupun campuran kulit kering dan berminyak. Sukarelawan dari kalangan pelajar turut tampil kehadapan dan cuba melakukannya sendiri.
Setelah memahami jenis kulit wajah setiap individu, fasilitator akan menerangkan faktor yang menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam pada wajah. Langkah merawat dan mencegah akan diterangkan dengan terperinci agar cara yang betul dapat diaplikasikan sendiri oleh pelajar.
Di akhir aktiviti, pelajar akan diajar cara membersih wajah dengan betul menggunakan SAFI Fruity Fresh. Demonstrasi akan dilakukan oleh fasilitator agar kaedah penggunan dapat diaplikasi dengan betul.
Lihat sahaja wajah-wajah gembira adik-adik ini apabila selesai aktiviti Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh. Moga dapat mengaplikasinya di dalam hari-hari mereka dimana saja berada dan elok bermula dari usia yang muda agar kulit dan wajah senantiasa cantik dan berseri
#kitepunye #kitepunyedotcom #safifruityfresh #safi