Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

RUFFEDGE : 20th Annivesary Concert Hadiah Untuk Peminat|Setelah meniti pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun dalam memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air. Bertempat di KL LIVE, Kuala Lumpur, konsert yang digelar “RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.

Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergerak aktif pada 1998 sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk menjalani arah seni masing-masing. Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain. Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir 2 jam itu nanti. Segalanya bakal direalisasikan pada 4 Ogos 2018 jam 9 lama di Kl Live pastinya bakal mengubat kerinduan peminat mereka malam itu!

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 4 Mei 2018 melalui www.ticketpro.com.my dengan harga yang tertera :

Image result for ruffedge 20th anniversary concert

Kategori  |  Harga Tiket
VIP + Meet & Greet (Terhad)  |  RM233
VIP Zone  |  RM193
Party Zone + Meet & Greet (Terhad)  |  RM183
Party Zone  |  RM143
Regular Zone  |  RM125

Diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli boleh menghubungi www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.

Image result for ruffedge 20th anniversary concert

RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT dianjurkan dan diterbitkan oleh MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd. Dua entiti ini menyifatkan pemilihan kumpulan itu adalah tepat pada masanya memandangkan usia matang yang mencecah 20 tahun serta yakin mampu mengubat rindu peminat Ruffedge khususnya setelah menyepikan diri untuk beberapa ketika.

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaharu mereka yang diberi tajuk ‘Seperti Mereka’. Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut selain akan menjalani siri promosi bersama media kelak. Lagu terbaru ini juga diedarkan oleh pihak Seventeen Eleven Sdn. Bhd.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge